Pengecualian Bayaran Satu Bulan Bil Air Bagi Semua Pengguna Domestik Terkesan Banjir Selangor

Jika sebelum ini Tenaga Nasional Berhad memberikan rebat selama sebulan kepada mangsa banjir, Air Selangor juga akan berbuat demikian kepada mangsa banjir di negeri Selangor.

Air Selangor akan memberikan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada pelanggan akaun domestik yang terkesan banjir baru-baru ini.

Bagaimanakah untuk dapatkan pengecualian bayaran bil bagi bulan Januari 2022? Perlukah buat permohonan?

PENGECUALIAN BIL AIR

Pengecualian bayaran bil air ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

TEMPOH PENGECUALIAN BIL AIR

Pengecualian bil air akan diberikan bagi:

  • Bulan Januari 2022 sahaja

SIAPA YANG TERIMA PENGECUALIAN BIL AIR?

Air Selangor akan berikan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada:

  • Para pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
  • Air Selangor turut memanjangkan pengecualian bayaran bil air in kepada para pelanggan dengan akaun Domestik yang terkesan di Kuala Lumpur.

CARA MOHON PENGECUALIAN BIL AIR

Kalau begitu, bagaimanakah caranya pelanggan Air Selangor nak buat permohonan pengecualian bayaran bil air?

Menurut Air Selangor,

  • Para pelanggan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik yang mana mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.
Nota: Sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini, bil air bulanan akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor. Namun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bayaran bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.
Atas dasar prihatin juga, Air Selangor menimbangkan membuat pennyambungan semula bekalan air sebelum/tanpa bayaran. Namun, pengguna masih perlu membuat pembayaran tunggakan.
Pengecualian Bayaran Satu Bulan Bil Air Bagi Semua Pengguna Domestik Terkesan Banjir Selangor

SENARAI KAWASAN TERLIBAT

Anda boleh rujuk senarai kawasan terlibat seperti yang dipaparkan dibawah.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengecualian bil air, Air Selangor sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.