Bantuan Kerajaan

Rebat 100% Secara One-Off Bil Elektrik TNB Serta Pendawaian Percuma Rumah Keluarga B40

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

27 December 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Syukur kerana rakyat Malaysia secara keseluruhannya sangat suka membantu mangsa-mangsa yang dilanda bencana.

Malahan, Kerajaan Malaysia juga berbesar hati memberikan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan sekurang-kurangnya ia membantu mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas bencana berlaku.

Memahami kesulitan yang dialami mangsa banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bakal memberikan rebat sebanyak 100% kepada 72,000 pengguna domestik yang terjejas.

JUMLAH REBAT KEPADA MANGSA BANJIR

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan:

  • Rebat 100% secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.

Untuk pengetahuan anda juga, rebat ini melibatkan peruntukan RM9 juta dan bakal dimanfaatkan seramai 72,000 pengguna domestik yang terjejas banjir.

Rebat 100% Secara One-Off Bil Elektrik TNB Serta Pendawaian Percuma Rumah Keluarga B40

PEMERIKSAAN PENDAWAIAN PERCUMA

Selain daripada pemberian rebat 100% kepada pengguna domestik yang terjejas banjir, TNB juga bakal:

  • Menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.

Untuk pengetahuan, TNB sudah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma dengan sokongan sejak Jumaat lalu. Antara kontraktor-kontraktor tersebut ialah:

  • PERNISMA
  • TEEAM
  • TNB ENERGY SERVICES
  • Kontraktor elektrik bertauliah

Kerja-kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma ini telah dilakukan secara sukarelawan di negeri:

  • Selangor
  • Pahang
  • Kuala Lumpur

Rebat 100% Secara One-Off Bil Elektrik TNB Serta Pendawaian Percuma Rumah Keluarga B40

Selain itu, kerajaan-kerajaan negeri juga turut memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat. Rujuk pautan berikut:

Diharap mangsa banjir mampu menarik nafas lega atas segala bantuan yang diberikan kepada mereka. Semoga semua lebih bertabah atas segala musibah yang berlaku.

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.