Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor, Bantuan RM600 One-Off

1,367

Pelbagai pihak menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir untuk meringankan beban meraka terutamanya selepas bencana yang dialami.

Kerajaan Malaysia sendiri menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir sebanyak RM1,000 sehingga RM5,000 sekiranya melibatkan kematian.

Selain itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga menyediakan Bantuan Banjir Zakat sebanyak RM600 secara one-off kepada mangsa yang terlibat.

TARIKH PERMOHONAN

Mangsa banjir yang terlibat dan terkesan dengan bencana banjir yang melanda boleh membuat permohonan mulai:

  • 23 hingga 30 Disember 2021

JUMLAH BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR

Setiap mangsa yang layak akan menerima Bantuan Banjir Zakat Selangor sebanyak:

  • RM600 secara one-off

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Individu beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  3. Lahir dan menetap di Selangor (Bermausttain) di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.

Sertakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Laporan Polis (berkaitan bencana)
  • Pengesahan Ketua Masyarakat

KAEDAH PERMOHONAN

2 kaedah permohonan untuk Bantuan Banjir Zakat Selangor adalah seperti berikut:

1. Kaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

  • Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  • Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
  • Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

2. Kaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

  • Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  • Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
  • Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor, Bantuan RM600 One-Off

KAEDAH BAYARAN

Bayaran dibuat terus ke akaun pemohon dan pemohon mesti pastikan:

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.
Nota: Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.
Anda boleh membuat semakan secara online dipautan berikut: https://ezo.zakatselangor.com.my/
Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor, Bantuan RM600 One-Off

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Banjir Zakat Selangor, sila hubungi Talian Zakat Selangor di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...