Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 Guna Sijil STPM

3,097

Sekiranya anda pemohon kerja yang mempunyai sijil STPM sahaja, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29.

Ini kerana terdapat beberapa kekosongan untuk jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Dapatkan cara-cara untuk membuat permohonan disini seterusnya mohon sebelum tarikh tutup ya!

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG KESELAMATAN GRED KP29

Dapatkan info secara ringkas mengenai jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 seperti berikut:

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
  • Gaji Minimum: RM1,362.00
  • Gaji Maksumum: RM5,116.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

SYARAT PERMOHONAN & LANTIKAN

Syarat permohonan dan lantikan untuk jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekuran-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);atau
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
    a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
    b) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
    c) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
    d) Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
    e) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
    f) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
    d) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

DESKRIPSI TUGAS

Apa pula tugasan sebagai seorang Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan?

Bertanggungjawab membantu menjalankan tugas-tugas keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan termasuk:

  • Mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya.

IKLAN JAWATAN

Rujuk iklan jawatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berikut:

Cara Mohon Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 Guna Sijil STPM

Cara Mohon Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 Guna Sijil STPM

Cara Mohon Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 Guna Sijil STPM

Jangan lupa, daftar dahulu di laman rasmi SPA untuk membuat permohonan kerja. Yang belum pernah daftar, boleh membuat permohonan di SPA seperti berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...