Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Inisiatif Bantuan Kerajaan Untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Terkesan Banjir

971

Mangsa banjir bukan terhad kepada individu atau orang perseorangan sahaja kerana ia melibatkan semua pihak termasuk syarikat besar dan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Malah, Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri termasuk pihak perbankan juga telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu semua rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana banjir pada kali ini.

Untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), inilah 4 inisiatif untuk anda.

4 INISIATIF KEPADA USAHAWAN PMKS

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, 4 inisiatif yang disediakan kepada individu dan usahawan yang terlibat banjir adalah sepert berikut:

1. Bantuan Bayaran Balik

  • Bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.
  • Antara kemudahan termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.

4 Inisiatif Bantuan Kerajaan Untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Terkesan Banjir

2. Pembiayaan Kewangan Peribadi Tanpa Faedah

  • Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana.
  • Moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa- mangsa banjir di seluruh negara.

4 Inisiatif Bantuan Kerajaan Untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Terkesan Banjir

3. Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan

  • TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.
  • Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.

4 Inisiatif Bantuan Kerajaan Untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Terkesan Banjir

4. Kemudahan Bantuan Bencana 2022 Bank Negara Malaysia (BNM)

  • Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022).
  • BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.

4 Inisiatif Bantuan Kerajaan Untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Terkesan Banjir

Mangsa banjir boleh membuat permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir disini dan jangan lupa penuhi syarat yang ditetapkan.

Semoga segala urusan mangsa banjir dipermudahkan dan diharap mereka semu atabah dalam menghadapi dugaan ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...