Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penangguhan Bayaran Pinjaman Maybank, Pengurangan Ansuran Bulanan Untuk Mangsa Banjir

1,269

Memahami masalah yang sedang melanda negara sekarang ini, pelbagai pihak telah manawarkan bantuan kepada mereka yang dilanda musibah.

Beberapa bentuk bantuan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 kepada mereka yang terlibat dengan bencana ini.

Selain itu, institusi kewangan seperti Maybank juga menawarkan penangguhan bayaran pinjaman dan pengurangan ansuran bulanan kepada pelanggannya.

TUJUAN BANTUAN MAYBANK

Maybank menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bantuan ini bertujuan:

  • Meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas akibat banjir, yang turut menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan kesulitan lalu lintas.
  • Menyokong pelanggan Maybank demi melindungi keselamatan keluarga mereka dan memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan mereka selepas banjir.
  • Menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

JENIS BANTUAN MAYBANK

Pihak Maybank mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang merupakan mangsa banjir seperti berikut:

  • Penangguhan pembayaran atau pinjaman
  • Pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik
  • Lanjutan tempoh pembayaran balik.
  • Pengecualian yuran dan caj bagi perkidmatan terpilih seperti penukaran kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

2 SALURAN PERMOHONAN BANTUAN BANJIR

Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui 2 saluran mudah iaitu:

  • E-mel kepada [email protected] dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor IC/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman/produk (contoh. Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka); Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli)
  • Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang mana berkaitan) di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu.

TUNTUTAN INSURANS ETIQA

Etiqa Insurans juga menyediakan proses tuntutan kepada pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa perlu mengisi borang atau dokumen sokongan. Malah, proses tuntutannya sangat cepat dan mudah.

Cara membuat tuntutan insurans Etiqa adalah seperti berikut:

Penangguhan Bayaran Pinjaman Maybank, Pengurangan Ansuran Bulanan Untuk Mangsa Banjir

Untuk pengetahuan anda juga, tuntutan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.

Etiqa juga membantu mangsa banjir dengan mengagihkan paket bantuan ke kawasan terjejas.

BANTUAN KEPADA KAKITANGAN MAYBANK

Selain daripada bantuan kepada pelanggan mereka, Maybank juga menjaga kepentingan kepada kakitangannya dengan memberikan bantuan seperti berikut:

  • Bantuan kewangan
  • Perkhidmatan pembersihan rumah
  • Menyediakan pek permulaan kecemasan di kawasan banjir yang termasuk bekalan makanan dan bukan makanan untuk membantu meringankan kesulitan yang dialami oleh kakitangan Maybank dan ahli keluarga mereka
  • Cuti bergaji pada 20 Disember 2021 untuk pekerja yang terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan lain yang terjejas akibat banjir selaras dengan misi Maybank, “Menginsankan Perkhidmatan Kewangan”

Baca juga: 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Atau Bug Out Bag (BOB)?

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Maybank, sila dapatkan melalui saluran berikut:

  • www.maybank2u.com.my
  • Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank: 1-300-88-6688
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...