Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dah Boleh Berurusan Di Kaunter JPJ & PUSPAKOM Secara Walk In Mulai 6 September Tanpa JanjiTemu. Tapi Ini Syaratnya

1,678

Orang ramai sudah boleh hadir ke kaunter JPJ dan PUSPAKOM secara walk in tanpa janji temu seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Malahan, terdapat beberapa pengumuman yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong dan pastinya ia memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Syukur, semakin lama semakin mudah urusan kita seharian cuma sebagai rakyat, patuhi arahan yang ditetapkan untuk kesejahteraan kita semua.

TARIKH MULA WALK IN KAUNTER JPJ & PUSPAKOM

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong, orang ramai sudah boleh mula walk-in ke kaunter JPJ dan PUSPAKOM bermula:

  • 6 September 2021

Baca juga: Renew Roadtax Dah Boleh Buat Di Puspakom Mulai 1 September Ini. Pastikan Buat Temujanji Dahulu Ya!

WALK-IN BERSYARAT

Untuk pengetahuan anda juga, walk-in ke kaunter JPJ dan PUSPAKOM juga adalah secara bersyarat iaitu:

  • Lengkap vaksinasi 2 dos
  • Status risiko rendah di aplikasi MySejahtera

 

LANJUTAN MORATORIUM RENEW LESEN KENDERAAN (LKM) & LESEN MEMANDU MALAYSIA (LLM)

Selain dari itu, Datuk Dr Wee Ka Siong juga mengumumkan mengenai perlanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) sehingga:

  • 31 Disember 2021
Nota: Selaras dengan keputusan ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember 2021.

Dah Boleh Berurusan Di Kaunter JPJ & PUSPAKOM Secara Walk In Mulai 6 September Tanpa JanjiTemu. Tapi Ini Syaratnya

KENYATAAN MEDIA

Orang ramai juga boleh membaca kenyataan media yang disiarkan di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai perlanjutan tempoh moratorium pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) seperti dibawah:

No photo description available.

May be an image of text

No photo description available.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...