Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

14 Kekosongan Di Jabatan Penerangan Malaysia Sebagai JuruAudio Visual Gred N19. Semak Syarat Lantikan Disini

2,938

Anda yang mempunyai bakat dalam bidang audio visual dipelawa untuk menyertai Jabatan Penerangan Malaysia sebagai Juruaudio Visual Gred N19.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat sebanyak 14 kekosongan sebagai Juruaudio Visual Gred N19 sedang menanti untuk mengisi kekosongan ini.

Dapatkan cara memohon jawatan Juruaudio Visual Gred N19 di Jabatan Penerangan Malaysia melalui perkongsian ini.

Baca juga: Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

INFO JAWATAN JURUAUDIO VISUAL GRED N19

Berikut adalah info ringkas mengenai jawatan Juruaudio Visual Gred N19 yang anda perlu tahu:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Baca juga: Cara Dapatkan Sijil Peperiksaan PMR/SPM Hilang Secara Online. Lebih Mudah & Cepat

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siar raya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggarakan peralatan alat audio visual.

GAJI YANG DITAWARKAN

Gaji yang ditawarkan sepanjang perkhidmatan anda adalah seperti berikut:

  • Gaji Minimum : RM1,352.00
  • Gaji Maksimum : RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

SYARAT LANTIKAN

Sebelum membuat permohonan, anda digalakkan untuk membaca syarat lantikan terlebih dahulu. Syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dipautan berikut:

SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

  • Seterusnya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan pada bahagian jawatan, anda boleh mengisi sehingga 15 jawatan untuk dipohon.
  • Pendaftaran dan permohonan anda telah siap.

Untuk langkah-langkah permohonan yang lebih lengkap, sila rujuk tutorial permohonan disini:

No photo description available.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SPA9, sila layari laman web SPA9 di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...