14 Kekosongan Di Jabatan Penerangan Malaysia Sebagai JuruAudio Visual Gred N19. Semak Syarat Lantikan Disini
Anda yang mempunyai bakat dalam bidang audio visual dipelawa untuk menyertai Jabatan Penerangan Malaysia sebagai Juruaudio Visual Gred N19.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat sebanyak 14 kekosongan sebagai Juruaudio Visual Gred N19 sedang menanti untuk mengisi kekosongan ini.
Dapatkan cara memohon jawatan Juruaudio Visual Gred N19 di Jabatan Penerangan Malaysia melalui perkongsian ini.
INFO JAWATAN JURUAUDIO VISUAL GRED N19
Isi Kandungan
Berikut adalah info ringkas mengenai jawatan Juruaudio Visual Gred N19 yang anda perlu tahu:
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Baca juga: Cara Dapatkan Sijil Peperiksaan PMR/SPM Hilang Secara Online. Lebih Mudah & Cepat
DESKRIPSI TUGAS
GAJI YANG DITAWARKAN
Gaji yang ditawarkan sepanjang perkhidmatan anda adalah seperti berikut:
- Gaji Minimum : RM1,352.00
- Gaji Maksimum : RM4,003.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
SYARAT LANTIKAN
Sebelum membuat permohonan, anda digalakkan untuk membaca syarat lantikan terlebih dahulu. Syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dipautan berikut:
- Seterusnya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan pada bahagian jawatan, anda boleh mengisi sehingga 15 jawatan untuk dipohon.
- Pendaftaran dan permohonan anda telah siap.
Untuk langkah-langkah permohonan yang lebih lengkap, sila rujuk tutorial permohonan disini:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SPA9, sila layari laman web SPA9 di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.