Zakat Fitrah
Isi Kandungan
Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Walaupun kita sedang menhadapi masalah seperti penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP, zakat fitrah ini tetap perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Berhubung dengan permasalahan yang melanda negara ketika ini, kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian bagi memudahkan para pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.
Kadar Dan Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kadar dan kaedah pembayaran zakat fitrah pada tahun 1441H / 2020M bagi seluruh negeri di Malaysia adalah seperti berikut:
JOHOR
KEDAH, KELANTAN, MELAKA, NEGERI SEMBILAN & PAHANG
PERAK, PERLIS, PULAU PINANG, SELANGOR, TERENGGANU & SABAH
SARAWAK & WILAYAH PERSEKUTUAN
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai soalan yang lebih lanjut mengenai bayaran zakat fitrah bagi tahun ini, anda boleh terus menghubungi pusat zakat negeri masing-masing untuk penjelasan.
Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda untuk menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan oleh agama Islam.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.