Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Zakat Fitrah Bayar Online, Normal Baharu Bagi Kita. Ini Apa Yang Perlu Kita Tahu

1,761

Zakat Fitrah Bayar Secara Online

Berikutan permasalahan yang dilalui seluruh negara masa kini, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri telah memperincikan cara terkini mengenai kaedah kutipan zakat fitrah bagi tahun ini yang mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kaedah pembayaran zakat fitrah kali ini adalah secara online yang dilaksanakan seluruh negara dan ianya adalah normal baharu bagi kita semua. Semoga dengan kemudahan ini ianya akan menjadi kebiasaan buat kita semua melaksanakan perintah Allah tanpa sebarang alasan kerana walaupun negara dilanda Covid-19 dan pelaksanaan PKP dijalankan, sebagai seorang muslim, anda wajib menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah jika mempunyai kemampuan.

zakatonline

Kaedah Dan Kadar Zakat Fitrah

Bagi memudahkan anda membayar zakat pada tahun ini, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian bagi memudahkan para pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.

Kadar dan kaedah pembayaran zakat fitrah pada tahun 1441H/2020M bagi seluruh negeri di Malaysia adalah sebagaimana berikut:

Rujuk “Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri dan Bagaimana Bayar Secara Online”

Kadar Zakat Fitrah Negeri-Negeri Tidak Selaras

Kita mesti memahami maksud zakat fitrah itu sendiri itu dimana asal kewajipan zakat fitrah adalah berdasarkan makanan ruji masyarakat setempat. Seperti negara Malaysia, zakat fitrah dinilaikan dengan beras dan disukat dengan segantang beras.

Ringkasnya, perbezaan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat dari pemborong.

beras

Penetapan Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Dan Nilai Sebenar Yang Perlu Dibayar

Secara umumnya, bayaran yang ditunaikan mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh majoriti masyarakat setempat adalah memadai.

Sekiranya sesebuah keluarga atau individu ingin memilih kadar yang lebih tinggi, sepadan dengan jenis beras yang menjadi makanan ruji mereka. Maka dalam hal ini Dr Yusuf al-Qaradhawi berpandangan ia adalah dari kerelaan hati dan dianggap sebagai suatu bentuk ketaatan tambahan yang terpuji.

Namun, bagi golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi Covid-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan berdasarkan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pihak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga.

Dalam hal ini, para pembayar bolehlah melayari laman media sosial MAIN dan AMZ seperti di bahagian Maklumat Lanjut bagi mendapatkan perincian berhubung kadar bayaran fitrah yang telah ditetapkan.

peta malaysia

Kaedah Pembayaran Melalui Amil

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ kerana berkemungkinan terdapat golongan keluarga atau individu yang tidak mahir menggunakan kaedah online atau tempat mereka yang tidak mendapat kemudahan akses internet. Namun ia akan dilaksanakan pada tahap yang minimum selaras dengan pelaksanaan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Bagi negeri yang tidak menyediakan perkhidmatan bayaran fitrah melalui amil maka para pembayar perlulah merujuk pihak MAIN dan AMZ selaku pihak berkuasa agama negeri.

SOP Zakat Fitrah Melalui Amil

Walaupun ianya dilakukan secara manual, MAIN dan AMZ  mengikuti segala arahan dan tatacara kawalan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perlu dipatuhi oleh amil yang menjalankan tugas.

Pihak MAIN dan AMZ mengenalpasti terlebih dahulu lokasi yang sesuai serta mengambil kira elemen penjarakan sosial yang selamat.

Terdapat juga beberapa cadangan mekanisme yang lebih efektif dan efisien seperti bayaran secara pandu lalu (drive thru), kutipan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Proses pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Para pembayar dan amil perlu mengikut arahan dan tatacara yang ditetapkan iaitu sentiasa menjaga kebersihan, memakai penutup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas membuat pembayaran.

Para pembayar juga digalakkan untuk menyediakan wang secukupnya, tidak perlu bersalaman ketika membayar zakat dan segera beredar setelah selesai urusan.

zakat drive thru

Amil Atau Pembayar Tidak Sihat

Sekiranya amil atau pembayar berada dalam keadaan kurang sihat, maka mereka tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu itu.

Manakala bagi  individu yang disahkan positif Covid-19 atau baru sembuh Covid-19 atau termasuk dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) yang ingin menunaikan kewajipan zakat fitrah hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat.

Kaunter Zakat Fitrah Di Tempat Umum

Kaunter zakat fitrah di tempat umum tidak akan dilaksanakan buat masa ini selaras dengan arahan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan pelaksanaan fitrah 1441H/2020M, sila rujuk halaman rasmi media sosial MAIN dan AMZ seperti berikut:

Johor : Majlis Agama Islam Johor
https://www.facebook.com/zakatjohor/

Kedah : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
https://www.facebook.com/zakatkedah/

Kelantan – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
https://www.facebook.com/maikkelantanofficial/

Melaka : Zakat Melaka
https://www.facebook.com/zakatmelaka/

Negeri Sembilan : Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS https://www.facebook.com/perbadananbaitulmalns/

Pahang : Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
https://www.facebook.com/muipinfo

Perak: Zakat Perak-MAIPk
https://www.facebook.com/ZakatNegeriPerak/

Perlis : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
https://www.facebook.com/MajlisAgamaIslamPerlis/

Pulau Pinang : Zakat Pulau Pinang
https://www.facebook.com/zakatpenang/

Selangor : Lembaga Zakat Selangor
https://www.facebook.com/zakatselangor/

Terengganu : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official
https://www.facebook.com/maidamterengganu/

Sabah : Bahagian Zakat & Fitrah MUIS
https://www.facebook.com/bzfmuis/

Sarawak : Tabung Baitulmal Sarawak
https://www.facebook.com/Tabung-Baitulmal-Sarawak110233099029503

Wilayah Persekutuan : Pusat Pungutan Zakat
https://www.facebook.com/myzakat

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...