Graduan yang belum mempunyai pekerjaan atau yang ingin mendapatkan pengalaman yang berbeza daripada pekerjaan sebelum ini, anda boleh mendaftarkan diri secara online di Karnival Kerjaya Graduan 2021.
Interview yang akan dilakukan adalah secara online bermula 29 Mac 2021 dan terdapat pelbagai jenis jawatan yang ditawarkan kepada anda untuk diisi kekosongannya.
Maklumat seterusnya mengenai Karnival Kerjaya Graduan 2021, sila dapatkan menerusi artikel yang dikongsikan ini.
TARIKH TEMUDUGA ONLINE KARNIVAL KERJAYA GRADUAN 2021
Isi Kandungan
Tarikh temuduga online Karnival Kerjaya Graduan 2021 adalah pada:
- 30 hingga 31 Mac 2021
- 9 pagi hingga 5 petang
KAEDAH TEMUDUGA ONLINE KARNIVAL KERJAYA GRADUAN 2021
Kaedah temuduga yang dijalankan adalah secara formal sama seperti temuduga bersemuka cuma ia dilakukan secara online menggunakan aplikasi berikut:
- Aplikasi CISCO WEBEX
SENARAI JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN
Antara jawatan kosong yang ditawarkan ialah:
MAJIKAN YANG TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat dalam temuduga secara online Karnival Kerjaya Graduan 2021 ialah:
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TEMUDUGA ONLINE KARNIVAL KERJAYA GRADUAN 2021
Untuk membuat pendaftaran temuduga online Karnival Kerjaya Graduan 2021, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik https://careerfair.perkeso.gov.my/
- Klik pada 3 butang atas bucu kanan dan klik REGISTER
- Klik pada program
- Seterusnya klik pada REGISTER
- Isikan maklumat yang diperlukan
- Setelah siap isi maklumat, buat semakan dan klik REGISTER
- Tunggu emel dihantar untuk pengesahan dan anda akan dipanggil untuk temuduga pada hari program dijalankan.
WEBINAR PERKONGSIAN PAKAR KARIER
Anda juga diajak untuk mengikuti webinar iaitu perkongsian daripada pakar karier seperti berikut:
Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:
- Cik Bahvika: 013-250 9390
- Cik Ummee: 019-2503565
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.