Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Karnival Penjana Kerjaya Belia PERKESO: 8000 Peluang Pekerjaan Untuk Anda. Daftar Segera

2,423

Siapa disini job seeker atau job hunter? Jika anda salah seorang daripadanya, sila daftar dengan segera kerana terdapat 8,000 peluang pekerjaan yang sedang menanti anda untuk diisi kekosongannya.

Malahan, anda yang mendaftar dan menghantar borang maklum balas program yang lengkap juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Karnival Penjana Kerjaya Belia PERKESO: 8000 Peluang Pekerjaan Untuk Anda. Daftar Segera

Anda juga boleh mendaftar pekerjaan melalui eBelia IYRES: Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia disini.

TARIKH PENDAFTARAN KARNIVAL PENJANA KERJAYA BELIA 2020

Anda boleh mula membuat pendaftaran Karnival PENJANA Kerjaya Belia 2020 bermula:

  • 24 November – 26 November 2020

Pendaftaran ini perlu dilakukan secara dalam talian sahaja melalui CISCO WEBEX.

PENDAFTARAN KERJAYA BELIA

  • Anda akan di bawa ke laman ini dan klik pada KARNIVAL PENJANAKERJAYA BELIA.

Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020: 8000 Peluang Pekerjaan Untuk Anda. Daftar Segera

  • Kemudian, anda perlu klik pada REGISTER untuk membuat pendaftaran.

  • Isikan borang anda dengan lengkap dan klik REGISTER di bawah setelah semua maklumat lengkap diisi.

Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020: 8000 Peluang Pekerjaan Untuk Anda. Daftar Segera

  • Lihat senarai jawatan dan klik DETAILS untuk jawatan yang dipohon.
  • Klik APPLY dan jawatan tersebut dimasukkan ke bahagian LIST OF APPLICATION.
  • Tunggu makluman masa dan tarikh temuduga anda.

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PENJANA KERJAYA BELIA 2020

Tentatif program adalah seperti berikut:

  • 24 November : Webinar Kerjaya
  • 25-26 November : Temuduga secara dalam talian

E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada anda yang mengikuti program ini.

Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020: 8000 Peluang Pekerjaan Untuk Anda. Daftar Segera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat berkaitan Karnival PENJANAKERJAYA Belia 2020, sila hubungi:

  • Nailah (PERKESO): 013 310 8598
  • Danish (PERKESO): 017 288 3800
  • Hisyamudin (KBS): 010 763 1532
  • Azura (KBS): 019 939 7826
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...