Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Karnival PenjanaKerjaya PERKESO Di Pendang 1500 Jawatan Kosong Menanti Anda

1,523

Pencari kerja terutamanya yang berada di bahagian utara dipelawa untuk hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber Manusia yang akan diadakan di Pendang pada 26 Disember 2020 ini.

Untuk pengetahuan anda, Karnival PenjanaKerjaya ini terbuka kepada semua golongan termasuk lepasan institusi pengajian tinggi, golongan yang kehilangan kerja serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan maklumat yang seterusnya berkaitan Karnival PenjanaKerjaya Pendang 2020.

MAKLUMAT PENTING KARNIVAL PENJANAKERJAYA PENDANG

Berikut adalah maklumat penting mengenai Karnival PenjanaKerjaya Pendang 2020:

  • Tarikh: 26 Disember 2020 / Hari Sabtu
  • Masa: 9 pagi hingga 4 petang
  • Tempat: Dewan Cenderawasih Majlis Daerah Pendang, Kedah

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KARNIVAL PENJANAKERJAYA PENDANG

Terdapat beberapa perkhidmatan disediakan sepanjang Karnival PenjanaKerjaya Pendang iaitu:

  • Kaunter Agensi
  • Terbuka kepada semua golongan
  • Penglibatan majikan dari pelbagai sektor
  • Kaunseling Kerjaya
  • Klinik Resume

DOKUMEN SOKONGAN

Jangan lupa membawa dokumen sokongan berikut ketika hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Pendang untuk temuduga terbuka yang dijalankan disana:

  • Gambar berukuran pasport (sediakan 5 atau 10 keping)
  • Salinan sijil dan sijil asal
  • Resume sebanyak 5 salinan

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN KARNIVAL PENJANAKERJAYA PENDANG

Sebelum hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Pendang, anda perlu membuat pendaftaran awal seperti berikut:

Karnival PenjanaKerjaya PERKESO Di Pendang 1500 Jawatan Kosong Menanti Anda

  • Klik REGISTER dan klik KARNIVAL PENJANAKERJAYA BELIA KSM NEGERI KEDAH dan klik REGISTER

Karnival PenjanaKerjaya PERKESO Di Pendang 1500 Jawatan Kosong Menanti Anda

  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik REGISTER.

Karnival PenjanaKerjaya PERKESO Di Pendang 1500 Jawatan Kosong Menanti Anda

  • Seterusnya lihat senarai jawatan yang ditawarkan serta beberapa maklumat temuduga sebagai persediaan.
  • Klik DETAILS pada mana-mana jawatan yang anda berminat untuk pohon.
  • Klik APPLY dan senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan ke dalam LIST OF APPLICATION.
  • Tunggu emel maklumat temuduga dihantar kepada anda dan sila hadir untuk temuduga pada tarikh yang telah dinyatakan.

Karnival PenjanaKerjaya PERKESO Di Pendang 1500 Jawatan Kosong Menanti Anda

Nota: Semua calon yang menghadiri temuduga ini perlulah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepanjang Karnival PenjanaKerjaya dijalankan supaya keselamatan semua pihak yang terlibat terjamin.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Karnival PenjanaKerjaya Pendang, sila hubungi:

  • Encik Khairul: 019-256 2101
  • Encik Zulhabri: 012-612 6475
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...