Terlupa Kata Laluan MySejahtera, Ini Cara Setkan Semula Password Anda

Tiba-tiba aplikasi MySejahtera anda tak dapat dibuka kerana tersalah kata laluan atau password selepas anda menukar telefon?

Nak tahu cara setkan semula password MySejahtera pada telefon bimbit anda?

Teruskan bacaan anda serta ikuti langkah-langkah yang dikongsikan disini. Harapnya, tak ada lagi masalah terlupa password selepas ini.

Baca juga: Peringatan! Kemaskini Status Risiko Di MySejahtera Dahulu Baru Hadir Ke PPV Untuk Vaksinasi

INFO MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

TERLUPA KATA LALUAN

Sekiranya anda terlupa kata laluan atau password:

  • Klik Forgot Password pada bahagian Profile anda.
  • Seterusnya klik Reset Password
  • Gunakan pengenalan ID yang anda guna sewaktu pendaftaran, sama ada nombor telefon ataupun ID Pengguna.
  • Anda akan terima SMS jika daftar guna nombor telefon. Jika daftar guna ID pengguna, anda akan terima emel.
  • Klik pada URL yang dihantar dan masukkan kata laluan baru sebelum klik Reset Password.

TUKAR KATA LALUAN

Untuk tukar kata laluan pula, anda hanya perlu:

  • Pergi ke bahagian Profile
  • Klik Change My Password

  • Masukkan kata laluan lama dan masukkan kata laluan baru sebanyak 2 kali.
  • Klik Change My Password dan proses tukar password anda sudah siap!

Mudahkan? Selamat mencuba!

Baca juga: Sila Kemaskini Maklumat Pada MySejahtera Anda Sebagai Langkah Berjaga-Jaga Ini Cara Kemaskini

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.