Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Malu & Jangan Segan! Tuala Wanita Percuma Untuk Mereka Yang Memerlukan Tersedia Di Kedai MAIWP & YADIMart

1,832

Menjaga kebersihan sangat dituntut di dalam Islam. Ianya bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Ma’idah, ayat 6)

Jadi, apa juga taraf hidup kita walaupun seorang yang miskin, jagalah kebersihan terutamanya wanita.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Kedai MAIWP dan YADIMart, menyediakan tuala wanita percuma buat anda yang tidak mampu membelinya.

Baca juga: 30 Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa Bantuan Yang Boleh Anda Pohon? Semak Disini

INFO RINGKAS KEBERSIHAN DALAM ISLAM

Islam adalah cara hidup yang mencakupi pergerakan manusia dari mula bangun tidur sehingga kembali semula ke tempat tidur.

Jika ibadat solat mensyaratkan setiap umat Islam mementingkan kebersihan, begitu juga tuntutan Islam supaya kebersihan dipelihara setiap masa dalam kehidupan.

Tidak mungkin Islam hanya menitikberatkan soal kebersihan ketika seseorang Muslim hendak menunaikan ibadat sahaja sedangkan kehidupannya diselubungi kekotoran yang tidak mencerminkan imej Islam sebagai agama suci.

Kebersihan yang dituntut Islam bukan hanya membabitkan diri sendiri, bahkan persekitaran yang dikelilingi pelbagai makhluk Allah.

TUALA WANITA PERCUMA

Tuala wanita ini disediakan agar wanita yang kekurangan sumber kewangan kerana mendahulukan keperluan yang lain dapat menjaga kesihatan dalaman mereka ketika memerlukan.

Seperti kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri,

Kemiskinan haid adalah isu global dan turut memberi kesan kepada kelompok miskin bandar di Malaysia. Sebagai permulaan, Kedai MAIWP dan YADIMart
menyediakan tuala wanita percuma. Usaha dan kempen kesedaran perlu terus digiatkan dalam kalangan masyarakat.

Jadi, anda boleh dapatkan tuala wanita percuma ini di kedai berikut:

  • Kedai MAIWP (Gerobok Rezeki)
  • YADIMart ( Bank Makanan)

TERIMA KASIH

Pastinya apa yang dilakukan oleh pembayar zakat dan penderma infaq sangat membantu seluruh umat Islam pada masa kini terutamanya bagi golongan yang sangat memerlukan.

Ini sudah pasti usaha yg panjang kerana ia berkait rapat dengan pelbagai akar permasalahan. Agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah tanggungjawab saya akan terus menyokong usaha murni ini. Terima kasih pembayar zakat dan penderma infaq!

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jangan Malu & jangan Segan! Tuala Wanita Percuma Untuk Mereka Yang Memerlukan Tersedia Di Kedai MAIWP & YADIMart

Sekiranya anda ingin melakukan infaq, sila lakukan di saluran yang betul seperti berikut:

Jangan Malu & jangan Segan! Tuala Wanita Percuma Untuk Mereka Yang Memerlukan Tersedia Di Kedai MAIWP & YADIMart

Dan sudah pastinya setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai!

Baca juga: Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT, PERTANYAAN & SUMBANGAN

Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan sumbangan atau infaq sila hubungi MAIWP dan YADIM di:

MAIWP

  • Kuala Lumpur: 012-518 3614 / 012- 512 7614
  • Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
  • Labuan: 013-8516066
  • @maiwphq

YADIM

  • Putrajaya: 03-8870 3870
  • Kedah: 04-4207822 / 823 / 824
  • Terengganu: 09-6263888 / 889
  • Kelantan: 09-7419186 / 85
  • Johor: 07-2358831 / 2368831
  • Sabah: 088-312307
  • Sarawak: 082-447886 / 448221
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...