KELADI VIRAL: JENIS & SENARAI HARGA ANDA PERLU TAHU
Isi Kandungan
Sejak akhir-akhir ini pokok keladi hiasan menjadi kegilaan suri rumah sehingga pihak nurseri tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan peminat pokok keladi.
Pokok keladi ini menjadi kegilaan suri rumah kerana ia senang djaga dan tidak banyak ragam seperti pokok bunga yang lain.
Namun, tahukah anda bahawa pokok keladi ini mampu mencecah harga sehingga RM1,000 sepokok?
3 SPESIS POKOK KELADI HIASAN YANG POPULAR
Terdapat 3 spesis pokok keladi hiasan yang popular ialah :
- Caladium Humboldtii
- Caladium Lindenii
- Caladium Bicolor
Namun, pokok keladi yang sering menjadi tumpuan peminat pokok keladi ialah jenis telinga gajah atau nama saintifiknya Anthurium dan pokok keladi cat.
JENIS & SENARAI HARGA KELADI VIRAL
Berikut adalah jenis keladi viral dan senarai harganya. Jangan terkejut ya bila lihat harganya.
- Monstera Deliciosa “Green On Green Variegated : RM10,000
- Monstera Albo Variegated : RM1,800
- Monstera Deliciosa Albo : RM2,800
- Philodendron Florida Beauty Variegated : RM950
- Monstera Albo Variegata : RM4,950
- Philo. Pink Princess : RM580
- Philodendron Billietiae : RM400
- Caladium Moonlight : RM35
- Red Ruffle : RM38
- Alocasia Azlanii (Exotic) : RM200
- Caladium Mickey Mouse : RM70
- Alocasia Cuprea : RM180
BAGAIMANAKAH HARGA POKOK DITENTUKAN?
Harga sesuatu pokok keladi viral ada yang ditentukan mengikut :
- Saiz (makin besar, makin mahal)
- Jenis yang susah didapati
- Jenis yang lain daripada yang lain
Jadi, bagaimana pula dengan anda? Sudah terjebak atau belum dengan pokok keladi viral ini?
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.