Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kelas Digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan. Percuma Untuk Calon SPM 2021 Mulai 1 Jun 2021!

1,578

Berita baik buat calon SPM yang berada di Wilayah Persekutuan, anda bakal menikmati kelas tuisyen secara percuma melalui Program Kelas Digital SPM YWP seperti yang dimaklumkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan.

Menerusi inisiatif ini, pelajar SPM yang terpilih akan mengikuti tusiyen online secara percuma mulai 1 Jun 2021 sehingga tarikh tamat peperiksaan SPM 2021.

Adakah anda layak untuk mengikuti Program Kelas Digital SPM YWP? Semak syarat kelayakan disini.

TARIKH BERMULA PROGRAM KELAS DIGITAL SPM 2021 YWP

Program Kelas Digital SPM YWP akan bermula pada:

  • 1 Jun 2021 sehingga tamat SPM 2021

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran untuk mengikuti Program Kelas Digital SPM 2021 YWP adalah:

  • Seramai 20,000 pelajar SPM 2021 di Wilayah Persekutuan yang terpilih

Pelajar tersebut mestilah bersekolah di:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

CARA MEMOHON PROGRAM KELAS DIGITAL SPM 2021 YWP

Hanya terdapat 5 langkah mudah untuk anda ikuti Program Kelas Digital SPM YWP iaitu:

Kelas Digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan. Percuma Untuk Calon SPM 2021 Mulai 1 Jun 2021!

  • Seterusnya klik https://www.yayasanwp.org/kelasdigitalspmywp
  • Klik KELAS DIGITAL SPM YWP
  • Masukkan emel serta kata laluan yang telah ditetapkan
  • Pilih kursus yang anda ingin pelajari
  • Klik AKSES KURSUS untuk melihat video-video pembelajaran kelas digital SPM YWP.

Kelas Digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan. Percuma Untuk Calon SPM 2021 Mulai 1 Jun 2021!

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan Yang Dikuarantin

SENARAI MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

10 mata pelajaran yang terlibat dalam Program Kelas Digital SPM YWP ialah:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Biologi
  10. Matematik Tambahan
Kesemua kelas pembelajaran tersebut direkodkan dalam Video On Demand (VOD) yang membolehkan pelajar yang terlibat untuk mengakses melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui live chat.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Kelas Digital SPM YWP di:

  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
    Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur
  • Tel : +603 2698 3073 / 2073
  • Faks :+603 2698 3075
  • WhatsApp : +6019-3483073
  • Email: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...