Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tatacara Permohonan Pengoperasian Taska Semasa Total Lockdown 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

1,045

2 minggu Total Lockdown atau PKP 3.0 dan ibu bapa ada yang bekerja dari rumah dan ada yang perlu hadir ke tempat kerja seperti biasa mengikut sektor yang dibenarkan.

Bagi ibu bapa yang perlu hadir bekerja pastinya ingin menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau TASKA namun kebanyakan TASKA ditutup sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Bagi TASKA yang ingin meneruskan operasi, dikongsikan disini tatacara permohonan pengoperasian TASKA sepanjang tempoh ini.

INFO RINGKAS PKP 3.0

  • Berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
  • Menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara.
  • Semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  • Terdapat 3 fasa lockdown sehingga pulih.

TASKA TIDAK DIBENARKAN BEROPERASI

Untuk makluman anda, semua TASKA tidak dibenarkan beroperasi seperti berikut:

Tatacara Permohonan Pengoperasian Taska Semasa Total Lockdown 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Baca juga: Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

TATACARA PERMOHONAN PENGOPERASIAN TASKA SEPANJANG PKP 3.0

Pengusaha TASKA yang ingin membuat permohonan pengoperasian TASKA sepanjang Total Lockdown 2.0, berikut adalah tatacara permohonan untuk rujukan anda:

  • TASKA berdaftar dengan JKM sahaja boleh memohon kebenaran.
  • Permohonan pengoperasian TASKA boleh dikemukakan ke JKM Negeri/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah mengikut lokasi TASKA dengan mengemukakan dokumen berikut:
    – Borang permohonan kebenaran
    – Salinan Perakuan TASKA
    – Senarai nama kanak-kanak
    – Senarai nama pekerja TASKA
    – Dokumen pengesahan pekerjaan ibu bapa/penjaga
  • Permohonan kebenaran perjalanan untuk pekerja TASKA perlu dikemukakan melalui CIMS 3.0 yang diselaraskan oleh MITI.

PENGOPERASIAN JKM SEPANJANG TEMPOH TOTAL LOCKDOWN 3.0

Selain itu, semua kaunter perkhidmatan JKM diseluruh negara juga akan ditutup sementara mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Tatacara Permohonan Pengoperasian Taska Semasa Total Lockdown 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Baca juga: Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3.0. Mohon Segera

BILIK GERAKAN JKM

Tatacara Permohonan Pengoperasian Taska Semasa Total Lockdown 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

SUMBER 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...