Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu sememangnya memberi pelbagai kelebihan dan peluang kepada golongan wanita.
Berikut kami kongsikan antara 8 berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada pembentangan bajet tersebut.
1. Cuti Bersalin 360 Hari
Isi Kandungan
Antara topik hangat yang paling mendapat sambutan pastinya isu cuti. Untuk makluman, cuti bersalin bagi penjawat awam dinaikkan daripada 300 hari kepada 360 hari – dengan bilangan maksimum 90 hari setahun.
Bagi sektor swasta pula, cuti bersalin mandatori dicadang agar dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari.
Mungkin berita baik bagi wanita, tapi rasanya lebih seronok kalau cuti bersalin diperuntukkan bagi kaum suami, macam pekerja IKEA – di mana pekerja lelaki mereka mendapat 1 bulan cuti bersalin untuk membantu isteri menguruskan diri.
2. Wanita Mengandung Pulang Awal 1 Jam
Selain cuti 360 hari, penjawat awam wanita yang mengandung diberi kelebihan untuk pulang 1 jam awal. Yang menariknya, suami yang bekerja di lokasi yang sama juga dibenarkan balik awal sejam.
Ini tentu memberi kesan positif kepada mood dan kesihatan para ibu yang tak pernah habis bekerja walaupun apabila berada di rumah. Pekeliling pulang awam 1 jam ini telah pun diumumkan oleh JPA.
3. Dana Amanah RM200 Untuk Setiap Bayi Mulai 1 Jan 2018
Bajet 2018 ini memang membawa berita gembira untuk pasangan suami isteri.
Terkini mulai 1 Januari 2018, Peruntukan Dana Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50), iaitu Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 unit amanah sahan PNB diperuntukkan untuk setiap bayi yang lahir. Peruntukan ini disasarkan untuk semua bayi yang lahir hinggalah tahun 2022.
4. Pembantu Rumah Tanpa Ejen
Isu penjagaan anak sudah tentu menjadi antara isu terbesar yang menyebabkan ramai wanita terhalang untuk meneruskan kerjaya masing-masing.
Seperti yang kita tahu, nak ambil pembantu rumah di Malaysia bukannya murah. Kos permulaan saja dah macam beli kereta, iaitu sekitar RM12 ribu hingga RM18 ribu. Untuk membantu mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah yang tinggi, kerajaan kini membenarkan bakal majikan untuk memiliki pembantu rumah tanpa melalui ejen.
Menurut ulasan Dato’ Seri Najib dalam Bajet 2018 semalam, syarat ini bakal dikuatkuasakan kepada 9 buah negara jiran dan pendaftaran mereka boleh dilbuat secara online untuk memudahkan urusan.
5. Lebih Banyak Pusat Jagaan Kanak-Kanak
Memang menakutkan bila membaca tentang kes penganiayaan kanak-kanak di pusat jagaan. Sebagai ibu, bukannya kita boleh nak pantau selalu, lebih-lebih lagi kalau pusat jagaan terletak jauh dari tempat kerja.
Dalam membantu mengembalikan wanita agar dapat terus berkhidmat sekalipun telah berkahwin dan mempunyai anak, Bajet 2018 turut mewajibkan semua bangunan pejabat yang baru untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.
6. Memperkasakan Penglibatan Wanita Di Dalam Syarikat
Di samping itu, dalam usaha memperkasakan penglibatan wanita dalam sektor tenaga kerja, kerajaan mewajibkan 30% wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta Badan berkanun.
7. Galakan Wanita Kembali Bekerja
Pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dari tempoh berhenti bekerja.
Ini pastinya dapat menjadi batu loncatan dan galakan kepada wanita untuk kembali berkhidmat setelah berhenti berehat demi memenuhi keperluan keluarga.
8. PEAK, Program Akademi Keusahawanan Wanita
Program Keusahawanan di bawah MyWin Academy dibangunkan untuk menghasilkan usahawan wanita.
Program-program di akademi ini dikhaskan untuk mengasah skil, memberi inspirasi dan mengetengahkan bakat wanita dalam memajukan industri di Malaysia.
Ketahui lebih lanjut di www.mywinacademy.org
Pengerusi MyWin Academy, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Bajet 2018 adalah bajet yang memperkasa golongan wanita.
Dengan kelebihan-kelebihan yang diperuntukkan oleh kerajaan, pastinya ramai wanita bersetuju dengan beliau. Apa kata anda?