Kemas Kini Semula Maklumat Akaun Bank Pemohon GKP 1.0 Bagi Pembayaran Berstatus Gagal Kredit
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana para pemohon GKP 1.0 yang lalu dengan status lulus dan status pembayaran adalah gagal kredit untuk mengemas kini semula maklumat akaun bank.
Bagaimanakah caranya untuk membuat kemas kini maklumat akaun bank untuk permohonan GKP 1.0 ini?
CARA MENGEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 1.0
Isi Kandungan
Untuk mengemas kini maklumat akaun bank bagi pemohon GKP 1.0 yang lulus tetapi status pembayarannya gagal, anda perlu :
- Kemaskini maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP iaitu :
- Pastikan akaun bank yang dikemaskini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.
TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK
Para pemohon boleh mula mengemas kini akaun bank bermula pada :
- 1 November 2020 sehingga 14 November 2020.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai GKP 1.0 atau pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi LHDN di :
- Hasil Care Line : 03- 8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar negara)
- HASIL Live Chat
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Maklumbalas/ms-my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.