Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan PERMAI yang mana status adalah GAGAL KREDIT boleh mengemaskini akaun bank masing-masing secara dalam talian sahaja.
Sebelum itu, pembayaran bagi GKP Tambahan ini juga telah dilakukan pada Mac 2021 yang lalu dimana pembayaran dilakukan secara kredit terus ke akaun bank penerima masing-masing.
Selain itu, LHDNM juga telah memaklumkan bahawa pembayaran bagi BPR 2021 Fasa Kedua juga akan dilakukan secara berperingkat mulai 7 Mei 2021.
INFO RINGKAS GKP TAMBAHAN PERMAI
Isi Kandungan
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.
MAKLUMAT AKAUN UNTUK KEMASKINI
Maklumat akaun bank yang perlu dikemaskini adalah:
- Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
- Berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
- Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
PEMBAYARAN SEMULA GKP TAMBAHAN PERMAI
Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP Tambahan (PERMAI) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK
Bagi anda yang mana status Gagal Kredit boleh mengemas kini maklumat akaun bank di MENU KEMAS Kini Akaun Bank pada Portal GKP mulai:
- 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021
CARA KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP TAMBAHAN PERMAI
Untuk mengemaskini maklumat akaun bank GKP Tambahan adalah seperti berikut:
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan klik SEMAK.
- Seterusnya klik KEMAS KINI NOMBOR AKAUN.
- Masukkan NOMBOR AKAUN dan klik SIMPAN.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP sila hubungi LHDNM di saluran berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.