Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas ABM Kerjasama MAIDAM Kepada Asnaf, Ini Cara Mohon

Anak-anak golongan asnaf negeri Terengganu dipelawa untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga dengan mengikuti kursus kemahiran yang dianjurkan oleh Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Negeri Melayu Terengganu (MAIDAM).

Anda yang layak dan memenuhi syarat kelayakan atau kriteria yang telah ditetapkan akan menerima tajaan sepanjang kursus ini dijalankan.

Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang dan mendapatkan maklumat mengenai kursus kemahian melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS KURSUS ABM 2021

Akademi Binaan Malaysia (ABM) adalah pusat penilaian dan latihan CIDB, ​​yang memenuhi keperluan untuk pembangunan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja binaan.

ABM memberi tumpuan kepada melengkapkan personel binaan dengan kompetensi yang sesuai mengikut standard oleh industri.

Peluang anak asnaf Terengganu mendapatkan pekerjaan sebagai pekerja mahir dalam industri pembinaan, oil dan gas.

TARIKH PERMOHONAN KURSUS KEMAHIRAN INDUSTRI PEMBINAAN, OIL & GAS

Anda boleh membuat permohonan mulai:

  • 18 April 2021 hingga 23 Mei 2021

TARIKH KEMASUKAN KURSUS KEMAHIRAN INDUSTRI PEMBINAAN, OIL & GAS

Tarikh kemasukan bagi Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas adalah pada:

  • 1 Jun 2021

FAEDAH KURSUS ABM 2021

Anatara faedah yang bakal peserta perolehi sekiranya mengikuti Kursus ABM ini adalah:

  • Yuran kursus dibiayai sepenuhnya MAIDAM
  • Hostel & makan minum disediakan
  • Diberikan elaun bulanan
  • Penginapan asrama yang selesa
  • Pakaian dan kelengkapan pengajian disediakan
  • Persijilan oleh pihak CIDB Malaysia
  • Kad Hijau CIDB dan OGSP percuma

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan kepada peserta adalah:

  • Scaffolding Erection + Working At Height + Rigger Scaffolding
  • Gas Pipe Insulation + Mechanical Fitting

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KURSUS KEMAHIRAN INDUSTRI PEMBINAAN, OIL & GAS

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas Asnaf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke bawah (Boleh memohon dengan menggunakan keputusan percubaan SPM 2020)
  • Berdaftar sebagai Asnaf
  • Lulus SPM
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000

CARA MOHON

Untuk memohon Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas Asnaf, anda hanya perlu klik:

Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas ABM Kerjasama MAIDAM Kepada Ansaf, Ini Cara Mohon

  • Seterusnya klik NEXT untuk meneruskan permohonan anda.

Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas ABM Kerjasama MAIDAM Kepada Ansaf, Ini Cara Mohon

  • Akhir sekali klik SUBMIT dan download borang permohonan selepas klik SUBMIT.

Baca juga: Cara Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Yayasan Pendidikan MAIDAM

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Kemahiran Industri Pembinaan, Oil & Gas Asnaf, ABM sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di:

  • 09-622 3500
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.