Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Golongan B40 Keluarga Serta Individu Layak Menerima Telefon Pintar & Data Percuma YES Prihatin

1,774

Perkhidmatan telekomunikasi Yes, milik YTL Communications mengumumkan pelan Yes Prihatin yang memberikan telefon pintar dan data percuma buat keluarga serta individu daripada kumpulan B40 menerusi inisiatif Jaringan Prihatin yang diumumkan kerajaan.

Sebelum ini terdapat 12 syarikat Telco menawarkan Bantuan Program Jaringan Prihatin dan pendaftarannya telah bermula 5 Mei hingga 31 Julai 2021.

Baca juga: Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

PELAN YES PRIHATIN

Terdapat dua pelan disediakan Yes iaitu:

  • Yes Prihatin Belajar Dari Rumah Keluarga
  • Yes Prihatin Belajar Dari Rumah Individu

Kedua-dua pelan ini menyediakan te­lefon, data dan akses kepada portal pembelajaran Learn-From-Home oleh Yayasan YTL selama setahun tanpa sebarang deposit, kontrak mahupun bayaran.

PERBEZAAN PELAN YES PRIHATIN

Perbezaan Pelan YES Prihatin adalah seperti berikut:

Golongan B40 Keluarga Serta Individu Layak Menerima Telefon Pintar & Data Percuma YES Prihatin

Selain itu, pelanggan turut menerima baucar Shopee bernilai RM50.

TUJUAN PEMBERIAN TELEFON & DATA PERCUMA

Pelan Yes Prihatin membekalkan keluarga dengan telefon pintar percuma dan data percuma untuk setahun, membolehkan mereka fokus kepada pelajaran, pekerjaan dan perniagaan masing-masing.

Malahan YTL Communications Sdn. Bhd. turut memberi akses penuh kepada kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL untuk anak-anak mereka, supaya tiada yang tercicir daripada arus pendidikan.

“Ini sangat penting kerana seluruh negara sekali lagi beralih ke model pengajaran dan pembelajaran atas talian mulai 17 Mei,”

Pengarah Urusan YTL Communications Sdn. Bhd., Datuk Yeoh Seok Hong

CARA DAFTAR YES PRIHATIN

Untuk medapatkan telefon pintar dan datar percuma YES PRIHATIN, anda boleh klik:

Golongan B40 Keluarga Serta Individu Layak Menerima Telefon Pintar & Data Percuma YES Prihatin

  • Klik SIM PERCUMAYES PRIHATIN

Golongan B40 Keluarga Serta Individu Layak Menerima Telefon Pintar & Data Percuma YES Prihatin

  • Seterusnya klik PILIH PELAN.
  • Akhir sekali klik SAHKAN untuk permohonan anda.

Sejak pelaksanaan PKP pertama pada Mac 2020, Yes telah menyokong kumpulan B40 berdepan cabaran pandemik bermula pengenalan program Learn-From-Home yang menyediakan kandungan pendidikan dan data percuma buat semua pelajar sekolah kebangsaan, selain telefon percuma buat pelajar daripada keluarga B40.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...