Tarikh Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Tambahan PERMAI Berstatus Gagal Kredit

Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan PERMAI yang mana status adalah GAGAL KREDIT boleh mengemaskini akaun bank masing-masing secara dalam talian sahaja.

Sebelum itu, pembayaran bagi GKP Tambahan ini juga telah dilakukan pada Mac 2021 yang lalu dimana pembayaran dilakukan secara kredit terus ke akaun bank penerima masing-masing.

Selain itu, LHDNM juga telah memaklumkan bahawa pembayaran bagi BPR 2021 Fasa Kedua juga akan dilakukan secara berperingkat mulai 7 Mei 2021.

INFO RINGKAS GKP TAMBAHAN PERMAI

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.

MAKLUMAT AKAUN UNTUK KEMASKINI

Maklumat akaun bank yang perlu dikemaskini adalah:

  • Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
  • Berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
  • Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

PEMBAYARAN SEMULA GKP TAMBAHAN PERMAI

Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP Tambahan (PERMAI) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Bagi anda yang mana status Gagal Kredit  boleh mengemas kini maklumat akaun bank di MENU KEMAS Kini Akaun Bank pada Portal GKP mulai:

  • 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021

CARA KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP TAMBAHAN PERMAI

Untuk mengemaskini maklumat akaun bank GKP Tambahan adalah seperti berikut:

Kemas Kini Akaun Bank GKP 1.0 & 2.0 Dibuka Sehingga 15 Mac 2021

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan klik SEMAK.
  • Seterusnya klik KEMAS KINI NOMBOR AKAUN.
  • Masukkan NOMBOR AKAUN dan klik SIMPAN.
Nota: Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

Tarikh Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Tambahan PERMAI Berstatus Gagal Kredit

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.