Sila Kemaskini Maklumat Pada MySejahtera Anda Sebagai Langkah Berjaga-Jaga Ini Cara Kemaskini
Disebabkan kerana wabak Covid-19 semakin menular dan terdapat peningkatan kes, semua rakyat Malaysia digalakkan untuk mengemaskini maklumat pada MySejahtera masing-masing.
Sekurang-kurangnya, dengan mengemaski maklumat yang terdapat pada MySejahtera masing-masing, anda dapat mengenalpasti status terkini mengenai kesihatan anda dan keadaan wabak Covid-19 berdekatan dengan anda.
Dapatkan cara untuk mengemaskini maklumat terkini pada MySejahtera anda disini.
Baca juga: Ciri Baharu Pada MySejahtera Mudahkan Ibu Hamil & Menyusukan Anak Untuk Urusan Vaksinasi
INFO RINGKAS APLIKSI MAYSEJAHTERA
Isi Kandungan
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
KEMUDAHAN APLIKASI MYSEJAHTERA
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19.
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PADA APLIKASI MYSEJAHTERA
Pastikan anda sentiasa mengemaskini tahap kesihatan anda di aplikasi MySejahtera dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Klik STATUS COVID-19 STATUS
- Klik START
- Jawab 6 soalan utama
- Klik SUBMIT
- Masuk bahagian PROFILE
- Klik REFRESH dan maklumat anda berjaya dikemaskini!
Atau anda boleh rujuk gamabr dibawah untuk lebih jelas.
Klik STATUS COVID-19 STATUS
Klik START untuk mula mengemaskini maklumat.
Jawab soalan dan klik SUBMIT
Pergi ke bahagian PROFILE dan klik REFRESH. Kemaskini telah berjaya!
Baca juga: Ini Caranya Daftarkan Ibu Bapa Untuk Vaksin Melalui Apliksi MySejahtera
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.