Individu Positif Covid-19, Perlu Kemaskini Status Kesihatan Anda Di MySejahtera Ya! Ini Caranya

Terkini, individu yang telah disahkan positif Covid-19 perlu mengemaskini status kesihatan melalui aplikasi MySejahtera sahaja.

Individu ini juga perlu mengemaskini status kesihatan secara harian sehingga disahkan tidak lagi positif Covid-19 iaitu taat tempoh pemantauan 14 hari.

Bagaimanakah untuk mengemaskini status kesihatan bagi individu yang disahkan positif Covid-19 menggunakan aplikasi MySejahtera? Semak disini ya!

Baca juga: Kanak-Kanak 12 Tahun Sudah Boleh Daftar Untuk Suntikan Vaksin Pfizer. Sila Kemaskini MySejahtera Anda Untuk Janji Temu Vaksinasi

CARA KEMASKINI STATUS KESIHATAN POSITIF COVID-19

Untuk mengemaskini status kesihatan positif Covid-19 di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik MySejahtera
  • Seterusnya klik Things To Do dan klik nama anda

Individu Positif Covid-19, Perlu Kemaskini Status Kesihatan Anda Di MySejahtera Ya! Ini Caranya

  • Akhir sekali jawab soalan-soalan yang dilampirkan setiap hari selama 14 hari.

Individu Positif Covid-19, Perlu Kemaskini Status Kesihatan Anda Di MySejahtera Ya! Ini Caranya

Nota: Sekiranya bergelaja dan bertambah teruk semasa tempoh pengawasan, anda dinasihatkan untuk terus menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampian anda.

KEPUTUSAN UJIAN

Selain itu, jika keputusan ujian pengesanan Covid-19 positif:

  • Status risiko akan bertukar kepada kes disahkan atau Confirmed Case. PKD akan menghubungi ada untuk tindakan lanjut.
  • Status Kuarantin Selesai atau Quarantine Completed akan tertera setelah anda menyelesaikan kuarantin selama 14 hari.
  • Status PUS akan bertukar ke risiko rendah jika tiada gelaja selama 14 hari.

Jika anda merupakan individu dalam Pengawasan dan Pemerhatian (PUS), lakukan penilaian kesihatan secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Peringatan! Kemaskini Status Risiko Di MySejahtera Dahulu Baru Hadir Ke PPV Untuk Vaksinasi

KANAK-KANAK 12 TAHUN SUDAH BOLEH VAKSIN

Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Hasil semakan mendapati, pendaftaran boleh dibuat pada ruangan Tambah Tanggungan yang tersedia dalam kategori Vaksinasi di aplikasi berkenaan.

Proses pendaftaran itu boleh dibuat dengan mengisi ruangan disediakan antaranya nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina serta alamat.

Malah, aplikasi terbabit membenarkan proses pendaftaran dibuat untuk lebih dari satu tanggungan dan tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.