Individu Positif Covid-19, Perlu Kemaskini Status Kesihatan Anda Di MySejahtera Ya! Ini Caranya
Terkini, individu yang telah disahkan positif Covid-19 perlu mengemaskini status kesihatan melalui aplikasi MySejahtera sahaja.
Individu ini juga perlu mengemaskini status kesihatan secara harian sehingga disahkan tidak lagi positif Covid-19 iaitu taat tempoh pemantauan 14 hari.
Bagaimanakah untuk mengemaskini status kesihatan bagi individu yang disahkan positif Covid-19 menggunakan aplikasi MySejahtera? Semak disini ya!
CARA KEMASKINI STATUS KESIHATAN POSITIF COVID-19
Isi Kandungan
Untuk mengemaskini status kesihatan positif Covid-19 di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik MySejahtera
- Seterusnya klik Things To Do dan klik nama anda
- Akhir sekali jawab soalan-soalan yang dilampirkan setiap hari selama 14 hari.
KEPUTUSAN UJIAN
Selain itu, jika keputusan ujian pengesanan Covid-19 positif:
- Status risiko akan bertukar kepada kes disahkan atau Confirmed Case. PKD akan menghubungi ada untuk tindakan lanjut.
- Status Kuarantin Selesai atau Quarantine Completed akan tertera setelah anda menyelesaikan kuarantin selama 14 hari.
- Status PUS akan bertukar ke risiko rendah jika tiada gelaja selama 14 hari.
Jika anda merupakan individu dalam Pengawasan dan Pemerhatian (PUS), lakukan penilaian kesihatan secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera.
Baca juga: Peringatan! Kemaskini Status Risiko Di MySejahtera Dahulu Baru Hadir Ke PPV Untuk Vaksinasi
KANAK-KANAK 12 TAHUN SUDAH BOLEH VAKSIN
Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.
Hasil semakan mendapati, pendaftaran boleh dibuat pada ruangan Tambah Tanggungan yang tersedia dalam kategori Vaksinasi di aplikasi berkenaan.
Proses pendaftaran itu boleh dibuat dengan mengisi ruangan disediakan antaranya nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina serta alamat.
Malah, aplikasi terbabit membenarkan proses pendaftaran dibuat untuk lebih dari satu tanggungan dan tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.