Peringatan! Kemaskini Status Risiko Di MySejahtera Dahulu Baru Hadir Ke PPV Untuk Vaksinasi
Berikutan 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam disahkan positif Covid-19, anda semua dinasihatkan untuk update status risiko di aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum hadir ke PPV untuk vaksinasi.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada anda atau orang lain yang hadir ke PPV dijangkiti Covid-19 yang tidak tahu dibawa oleh siapa yang ada di PPV untuk vaksinasi.
Jangan risau, jika anda berisiko, janji temu vaksinasi anda akan dijadulkan ke tarikh yang lain.
Baca juga: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
204 PETUGAS PPV IDCC SHAH ALAM POSITIF COVID-19
Isi Kandungan
Seramai 204 sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam disahkan positif selepas saringan beramai-ramai dilakukan pada 10 Julai.
Perkara ini diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang media khas secara maya.
SEMAK STATUS RISIKO DI APLIKASI MYSEJAHTERA
Tahukah anda bahawa anda harus rujuk status risiko di aplikasi MySejahtera anda setiap kali ingin meninggalkan rumah, termasuk juga ketika bersiap-sedia untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk vaksinasi.
Anda tidak akan dibenarkan masuk jika status risiko anda adalah TINGGI. Ini adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
STATUS TIDAK DIBENARKAN MASUK KE PPV
Sekiranya paparan status anda berwarna:
- Merah
- Jingga
- Kuning
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke PPV.
Baca juga: Tahukah Anda Mengenai Fungsi Masa Di MySejahtera Pantau Had 2 Jam Maksimum Setiap Pelanggan
STATUS DIBENARKAN MASUK KE PPV
Anda hanya dibenarkan untuk masuk ke PPV sekiranya status risiko berwarna:
- Biru
- Kuning
- Jingga dengan tanda risiko rendah, dibenarkan masuk ke PPV.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.