Cara Mohon Kemasukan Ke Asrama Semai Bakti FELDA Tingkatan 1. Klik Pautan Ini Untuk Permohonan
Anak-anak FELDA mempunyai pelbagai keistimewaan bukan sekadar dalam sektor pekerjaan, malahan juga dalam bidang pendidikan.
Dalam bidang pendidikan pula, anak-anak FELDA ditawarkan untuk kemasukan Tingkatan 1 di Asrama Semai Bakti FELDA 2022 kepada seluruh generasi baharu FELDA.
Permohonan adalah secara online dan dapatkan syarat kelayakan seperti perkongsian ini.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Anda boleh membuat permohonan secara online mulai tarikh berikut:
- 15 September 2021 hingga 31 Oktober 2021
SYARAT KELAYAKAN
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon kemasukan Tingkatan 1 di Asrama Semai Bakti FELDA 2022.
Apakah syarat-syarat tersebut?
SYARAT UTAMA
- Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) 2022.
- Generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.
SYARAT TAMBAHAN
- Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
- Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.
KELAYAKAN MAKSIMUM
- Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) 2022.
- Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.
SENARAI ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA
Terdapat 3 lokasi Asrama Semai Bakti FELDA iaitu:
1. Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL)
2. Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru (ASBFJB)
3. Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK)
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online sahaja melalui pautan berikut:
- Lengkapkan borang permohonan anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Atau anda boleh membuat imbasan Kod QR pada poster dibawah untuk permohonan.
Baca juga: Insentif Sehingga RM1,500 Untuk Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP). Ini Syarat Permohonan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 1 di Asrama Semai Bakti FELDA 2022 dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA di saluran berikut:
- Telefon: 03-2191 2057/03-2191 2013
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.