Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Insentif Sehingga RM1,500 Untuk Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP). Ini Syarat Permohonan

1,242

Anak peneroka FELDA yang ingin melanjutkan pelajaran digalakkan untuk memohon Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) dengan kadar bantuan sehingga RM1,500.

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) ini dibuka kepada pelbagai peringkat bermula dari pengajian Diploma, Ijazah Dalam Negara dan Ijazah Luar Negara.

Semak syarat kelayakan untuk permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) melalui perkongsian ini.

Baca juga: Bantuan Pendidikan Ke IPT Yayasan JCorp. Semak Syarat Kelayakan & Buat Permohonan Disini

INFO RINGKAS SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA (SIAP)

Tujuan pelaksanaan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) ialah:

  • Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
  • Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

KADAR INSENTIF MENGIKUT PENGAJIAN

Kadar bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM500
  • Ijazah Dalam Negara: RM1,000
  • Ijazah Luar Negara: RM1,500

SYARAT PERMOHONAN SIAP

Syarat permohonan SIAP adalah seperti berikut:

  • Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  • Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun
  • Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun

Manakala pemohon berikut tidak layak untuk membuat permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP):

  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
  • Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

CARA MOHON

Cara mohon Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) boleh dibuat dipautan berikut:

Insentif Sehingga RM1,500 Untuk Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP). Ini Syarat Permohonan

Baca juga: Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara RM500 Hingga RM1,000 MAIJ. Permohonan Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila ajukan ke:

  • Tel: 03 2191 2191
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...