Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara RM500 Hingga RM1,000 MAIJ. Permohonan Secara Online

2,065

Pelajar kelahiran negeri Johor boleh membuat permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara yang dibuka permohonan oleh Majlis Agama Islam Johor.

Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara telah dibuka pada 1 Jun sehingga 30 Jun 2021 dan permohonan adalah secara online sahaja.

Semak syarat kelayakan disini dan permohonan dengan segera.

Baca juga: Cara Mohon RM300 Setiap Seorang Untuk Pelajar IPT Kedah i-BAKIPT Bagi Sesi Pengajian Tahun 2021.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara telah dibuka mulai:

  • 1 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021

KADAR BANTUAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA

Kadar Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara adalah mengikut kategori seperti berikut:

  • Diploma (semester pertama): RM500.00
  • Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00

KATEGORI PERINGKAT PENGAJIAN

Terdapat 2 kategori peringkat pengajian yang layak untuk mendapat bantuan iaitu:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

SYARAT KELAYAKAN PELAJAR

Syarat kelayakan pelajar untuk memohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
  • Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.

CARA MOHON SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA

Cara mohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara ialah:

  • Semua permohonan melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara) .
  • Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.
  • MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap).

Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara RM500 Hingga RM1,000 MAIJ. Permohonan Secara Online

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama ketika permohonnan adalah seperti berikut:

  1. Salinan IC pemohon
  2. Salinan IC ibu bapa
  3. Salinan IC/Sijil kelahiran semua tanggungan
  4. Salinan slip gaji/borang pengesahan pendapatan
  5. Salinan surat tawaran dari IPT
  6. Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM)
  7. Sijil berhenti sekolah terakhir
  8. Dokumen yuran pendaftaran
  9. Gambar berukuran pasport
  10. Slip permohonan Bantuan IPT yang disahkan
Nota: Muatnaik (upload) semua dokumen yang telah disahkan dalam
tempoh permohonan ini dibuka.
Cara mohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara yang lebih lengkap boleh didapati MANUAL PENGGUNA ini.

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara sila hubungi MAIJ di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...