Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini
Biasiswa / Ringkasan Artikel

Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini

Pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin menyambung pengajian dan memerlukan bantuan dari segi kewangan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi pengambilan 2021/2022....

Status: Aktif Bacaan: 3 min baca Fokus: Biasiswa Update: 24 Jun
Intipati 01 Pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin menyambung pengajian dan memerlukan bantuan dari segi kewangan boleh.
Intipati 02 Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA akan dibuka mulai 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021.
Intipati 03 Pendaftaran juga adalah secara atas talian dan permohonannya adalah sangat mudah melalui tutorial yang dikongsikan disini.

Pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin menyambung pengajian dan memerlukan bantuan dari segi kewangan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi pengambilan 2021/2022.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA akan dibuka mulai 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021.

Pendaftaran juga adalah secara atas talian dan permohonannya adalah sangat mudah melalui tutorial yang dikongsikan disini.

Baca juga: Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021 & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

TARIKH PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

Tarikh untuk permohonan Pembiayaan Yayasan ANGKASA akan dibuka mulai:

  • 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021

KAEDAH PERMOHONAN

Kaedah permohonan adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
  • Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
  • Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan yang boleh anda ikuti:

Langkah 1 (Pembayaran PIN PPYA)

  • Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
  • Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
  • Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
    Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
    Ref-2 : Nombor Telefon Anda

Nota: Sila simpan salinan resit untuk rujukan anda.

Langkah 2 (SMS Nombor PIN)

  • Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti berikut:

” Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2019. Pin permohonan adalah [XXXXX] ”

Nota: SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)

Langkah 3 (Daftar)

Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini

KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN

Permohonan adalah untuk kategori berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda (Degree)
  • Ijazah Sarjana Muda (Degree) Separuh Masa / PJJ
  • Ijazah Sarjana (Master)
  • Doktor Falsafah (PhD)

Manakala kelayakan asas permohonan bagi setiap kategori ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi
  • Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
  • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
  • Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)

Klik sini untuk dapatkan kelayakan bagi setiap kategori permohonan: https://www.yayasanangkasa.coop/pya

KEISTIMEWAAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN ANGKASA

Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu:-

  • Program motivasi (untuk pelajar baru)
  • Program kaunseling (bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80)
  • Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir)

Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:-

SISTEM KELAS PERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA
Pertama 100% Biasiswa
Kedua Atas 60% Biasiswa
Lain-lain 100% Pembiayaan

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA juga tidak mengenakan sebarang caj faedah.

Baca juga: Tawaran Penajaan Biasiswa & Dermasiswa JAIS Untuk Lepasan SPM/STAM Bagi Pengajian Ke Timur Tengah. Mohon Sebelum 14 Julai 2021

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila dapatkan di:

  • Telefon: +603 – 7880 5358

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori