Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) Percuma Sempena Aidilfitri. Jom Buat Janji Temu Sekarang!

1,341

Sempena perayaan Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd akan menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma untuk kenderaan persendirian.

Bilakah kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma ini akan dilaksanakan?

Dapatkan semua maklumat mengenai kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) melalui artikel yang akan dikongsikan melalui artikel ini.

TARIKH KEMPEN PEMERIKSAAN KENDERAAN SECARA SUKARELA (VVI) PERCUMA

Tarikh pelaksanaan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma adalah bermula pada:

  • Tarikh: 2 Mei hingga 12 Mei 2021
  • Jam: 8 pagi hingga 5 petang

Walaupun musim perayaan ini rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung namun keselamatan kenderaan masih perlu dititikberatkan kerana kenderaan masih lagi digunakan untuk bergerak melakukan aktiviti harian seperti pergi bekerja dan membeli barang keperluan.

LOKASI KEMPEN PEMERIKSAAN KENDERAAN SECARA SUKARELA (VVI) PERCUMA

Anda boleh membawa kenderaan masing-masing ke:

  • Mana-mana cawangan Puspakom diseluruh negara kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang.

Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom akan berada di dua lokasi bagi menawarkan pemeriksaan percuma tersebut iaitu di:

  • Wisma DRB-HICOM, Shah Alam pada 3 Mei.
  • Pekarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2021 dengan kerjasama Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK).

Unit Pemeriksaan Bergerak ini akan beroperasi dari 9 pagi hingga 4 petang pada tarikh tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/136446/BERITA/Nasional/Puspakom-anjur-kempen-pemeriksaan-kenderaan-percuma

CARA MEMBUAT PEMERIKSAAN KENDERAAN SECARA SUKARELA (VVI) PERCUMA PUSPAKOM

Para pelanggan perlu mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan dan dikehendaki membuat janji te,u secara dalam talian di pautan berikut:

Kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) Percuma Sempena Aidilfitri. Jom Buat Janji Temu Sekarang!

  • Klik REGISTER NOW.
  • Isikan maklumat anda seperti yang diperlukan.
  • Log masuk smeula menggunakan emeil dan password yang telah anda daftarkan.
Nota:Fi pemprosesan MyPUSPAKOM yang dikutip sewaktu tempahan akan dipulangkan setelah pemeriksaan selesai.

25 ITEM YANG AKAN DIPERIKSA

Terdapat 25 item yang akan diperiksa semasa kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma iaitu:

  • Ujian brek
  • Gelincir sisi
  • Tayar
  • Suspensi
  • Asap
  • Lampu
  • Cermin gelap
  • Bahagian atas dan bawah kenderaan

Kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) Percuma Sempena Aidilfitri. Jom Buat Janji Temu Sekarang!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma Puspakom sila dapatkan di cawangan Puspakom yang terdekat dengan anda.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...