HomeInterviewSoalan Interview "Kenapa Bertukar Bidang Kerja Lain?" Ini Jawapan Terbaik Boleh Anda...

Soalan Interview “Kenapa Bertukar Bidang Kerja Lain?” Ini Jawapan Terbaik Boleh Anda Gunakan Nanti

Published on

spot_img

Apabila anda mempunyai sebab-sebab tertentu memohon jawatan yang lain daripada pengalaman kerja sebelum ini, pastinya ia membuatkan penemuduga tertanya-tanya mengapa?

Apa anda nak jawab? Kalau salah jawab, mesti tak dapat jawapan yang anda idam-idamkan tu!

Ia juga agak klise dengan menjawab, “Saya ingin dapatkan pengalaman baru”. Malah, penemuduga pun naik bosan dengan jawapan yang terlalu selamat begitu.

RESUME LEBIH PROFESIONAL TANPA 3 BENDA INI

Tahukah anda? Resume anda nampak lebih profesional tanpa 3 benda ini tau! Apakah 3 benda tu?

  1. Alamat emel yang tidak meletakkan nama sendiri atau nama samaran yang pelik-pelik.
  2. Letak skil yang pelik-pelik dan tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Contohnya skil memasak. Sedangkan jawatan yang anda pohon tu, Pegawai Akaun
  3. Letak bahasa pertuturan yang tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon dan tiada dalam syarat kelayakan seperti yang diiklankan. Memadai dengan meletakkan Bahasa Melayu, English, Mandarin atau Tamil. Kalau anda mohon kerja bahagian import eksport dan perlu bercakap bahasa Jepun dan ada kemahiran dalam bahasa tersebut, itu bonus untuk anda. Mungkin jika anda mahir dalam bahasa isyarat dan pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran tersebut, barulah anda letakkan dalam resume.

“KENAPA BERTUKAR BIDANG KERJA LAIN?”

Jawapan yang anda boleh berikan kepada penemuduga adalah seperti berikut:

1. Kemahiran & Pencapaian

  • Saya ingin membina salah satu aspek yang paling saya suka tentang kerja yang sedang saya lakukan….
  • Saya ingin mempunyai platform di mana saya boleh berkongsi idea saya dan menawarkan cara untuk menambah baik kemahiran dalam…(perkhidmatan, operasi, teknologi, komunikasi

2. Minat Dalam Bidang Kerja Yang Dimohon

  • Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang (sesuatu pekerjaan ini termasuk) dan pekerjaan ini memberi peluang untuk memanfaatkan bidang kepakaran semasa saya dan meningkatkan kemahiran saya dalam…
  • Saya sangat seronok melakukan pekerjaan tersebut. Jadi, saya mengharapkan untuk meningkatkan keseronokan saya terhadap kerja saya apabila saya dapat memberi lebih tumpuan kepada bidang dan kemahiran yang sedia ada.
  • Saya seronok bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan dan sedang mencari peluang untuk bekerja dengan projek yang menarik dan berpotensi tinggi. Kerja ini adalah sebahagian daripada pasukan serta merupakan salah satu projek yang menarik dan saya ingin menyertai kerja ini

3. Minat Terhadap Syarikat

  • Saya seronok bekerja dengan sekumpulan orang yang hebat dengan majikan saya sekarang tetapi peluang dalam syarikat ini sangat sesuai dengan hala tuju yang saya mahukan dalam kerjaya saya.
  • Saya telah belajar banyak perkara dalam pekerjaan saya sekarang tetapi saya berminat untuk bekerja di syarikat ini berdasarkan perkara hebat yang saya pelajari tentang organisasi ini seperti……..

Dan, apa yang paling penting disini, sentiasa memberikan jawapan-jawapan yang positif dan masukkan kemahiran dan pengalaman terbaik yang telah dan bakal anda perolehi nanti.

5 TIPS INTERVIEW TERBAIK

5 tips interview terbaik yang anda boleh anda praktikkan nanti ialah:

  1. Buat Research Tentang Syarikat
  2. Praktis Soalan Interview
  3. Contoh Yang Spesifik
  4. Positif
  5. Yakin

Untuk ulasan yang lebih lanjut mengenai 5 tips interview terbaik, anda boleh klik pautan dibawah untuk jadikan rujukan dalam menghadapi interview anda nanti.

Rujuk: 5 Tips Interview Terbaik Yang Anda Boleh Praktikkan, Confirm Dapat Kerja!

5 Tips Interview Terbaik Yang Anda Boleh Praktikkan, Confirm Dapat Kerja!

“Anda ada apa-apa soalan?” Apa nak jawab? Dapatkan contoh-contoh soalan disini ya!

Semoga segala urusan temuduga anda dipermudahkan.

Latest articles

Permohonan Pembantu Pustakawan Gred S1 SPA : Syarat, Gaji, Tugas & Cara Mohon Lengkap

Panduan ini disusun khas untuk membantu anda faham syarat sebenar, tugas kerja, prospek kerjaya dan langkah mohon melalui SPA9 dengan lebih jelas dan teratur.

Permohonan Tajaan Pendidikan YTP MARA Kini Di Buka, Ini Syarat Apply

YTP MARA 2026 ialah tajaan pendidikan untuk lepasan SPM 2025 Bumiputera cemerlang. Permohonan dibuka dari 31 Mac 2026 hingga 13 April 2026. Secara umum, laluan dalam negara sekitar 7A, manakala laluan luar negara sekitar 8A, tertakluk kepada syarat program.

Apa Itu Resume Mesra ATS: Panduan Lulus Sistem Tapisan Automatik Majikan Sepanjang Tahun

Resume ATS 2026: Cara Buat Resume Mesra ATS, Contoh Resume Lulus ATS & Strategi Lepasi Saringan

Permohonan Hadiah Pengajian IPT RM1,000 Untuk Anak Selangor Kini Dibuka (HPIPT 2026)

HPIPT bantuan berbentuk one-off sebanyak RM1,000. Sangat berguna untuk menampung kos awal melanjutkan pelajaran ke Universiti. Ini cara mohon

More like this

Permohonan Pembantu Pustakawan Gred S1 SPA : Syarat, Gaji, Tugas & Cara Mohon Lengkap

Panduan ini disusun khas untuk membantu anda faham syarat sebenar, tugas kerja, prospek kerjaya dan langkah mohon melalui SPA9 dengan lebih jelas dan teratur.

Permohonan Tajaan Pendidikan YTP MARA Kini Di Buka, Ini Syarat Apply

YTP MARA 2026 ialah tajaan pendidikan untuk lepasan SPM 2025 Bumiputera cemerlang. Permohonan dibuka dari 31 Mac 2026 hingga 13 April 2026. Secara umum, laluan dalam negara sekitar 7A, manakala laluan luar negara sekitar 8A, tertakluk kepada syarat program.

Apa Itu Resume Mesra ATS: Panduan Lulus Sistem Tapisan Automatik Majikan Sepanjang Tahun

Resume ATS 2026: Cara Buat Resume Mesra ATS, Contoh Resume Lulus ATS & Strategi Lepasi Saringan