Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Soalan Terkini Yang Boleh Ditanya Selepas Interview. Jangan Diam Bila Disoal “Ada Apa-Apa Soalan Tak?”

7,162

Panel penemuduga juga pandai merasa bosan sekiranya mendapat soalan yang sama oleh calon interview dan mungkin merasakan setiap calon tak kreatif untuk bertanyakan soalan kepada mereka.

Kalau begitu, anda boleh fikirkan soalan yang lain atau ambil sahaja 7 contoh soalan yang boleh anda tanyakan kepada panel penemuduga nanti.

Soalan yang kreatif dan lain dari yang lain boleh menarik perhatian panel penemuduga dan mana tahu anda dipanggil masuk kerja dalam tempoh yang lebih cepat dari masa ditetapkan oleh syarikat.

5 CARA PROFESIONAL NAK NEGO KENAIKAN GAJI

Bagi sesetengah pekerja, apabila bekerja sudah lama dalam satu-satu syarikat, pastikan perkara yang diharapkan ialah kenaikan gaji.

Apa pula yang akan anda lakukan sekiranya syarikat tidak membuat kenaikan gaji walaupun anda telah bekerja lebih dari 3 tahun?

Gunakan 5 cara profesional ini untuk membuat rundingan kenaikan gaji anda nanti.

  • Terus terang dengan jumlah yang diperlukan kepada HR atau majikan anda. Pastikan ianya munasabah dengan pengalaman, kemahiran dan pencapaian sepanjang anda bekerja di syarikat tersebut.
  • Yakinkan majikan untuk bagi kualiti kerja yang lebih baik. Jangan ungkit semula kerja yang anda lakukan pada masa-masa yang lepas.
  • Tetapkan satu masa yang sesuai untuk berbincang dengan majikan anda. Pastikan masa tersebut majikan anda dalam keadaan yang tenang dan tidak sibuk. Boleh dapatkan maklumat dari HR atau PA majikan nanti.
  • Cakap dengan baik dan jangan buat ugutan pula sekiranya majikan anda nampak agak keberatan untuk naikkan gaji anda.
  • Seterusnya bersedia dengan jawapan negatif iaitu kemungkinan majikan tidak terima cadangan kenaikan gaji anda. Oleh itu, jangan letak harapan yang tinggi ya!

Baca juga: 7 Perkara Kena Buat Selepas Temuduga. Jangan Ingat Tak Ada Markah Tau!

7 CONTOH SOALAN TERKINI BOLEH DITANYA SELEPAS INTERVIEW

Selepas ini semua calon temuduga boleh bertanyakan salah satu daripada 7 soalan yang dikongsikan ini.

7 contoh soalan terkini yang boleh ditanya selepas interview jika ditanya, “Ada apa-apa soalan?” ialah:

  • Seberapa cepat Cik/Tuan/Puan ingin tempatkan pekerja baru untuk menjawat jawatan ini?
  • Bilakah dan bagaimanakah penilaian prestasi diberikan kepada pekerja di syarikat ini?
  • Selepas Cik/Tuan/Puan melihat tahap kelayakan saya untuk jawatan ini, adakah ianya sesuai dengan apa yang syarikat cari?
  • Bagaimanakah budaya bekerja di syarikat ini? Boleh saya tahu?
  • Adakah masa untuk jawatan ini boleh berkembang?
  • Bagaimana untuk saya mengukur kejayaan bagi jawatan ini?
  • Dengan siapakah saya akan melapor diri dan apakah prosedurnya?

Pastikan soalan yang anda soal ini kena dengan situasi atau matlamat syarikat.

Soalan yang dikongsikan ini juga merupakan soalan bijak yang boleh disoal kepada HR atau bakal majikan semasa diajukan soalan, “Ada apa-apa soalan?”

Yang penting disini, anda jangan berdiam diri atau menjawab “Tiada apa-apa soalan, Tuan.”

Kongsikan 7 contoh soalan ini dengan rakan-rakan yang lain dan semoga anda semua berjaya dalam temuduga seterusya dipanggil untuk bekerja dalam tempoh yang terdekat.

7 Soalan Terkini Yang Boleh Ditanya Selepas Interview. Jangan Diam Bila Disoal "Ada Apa-Apa Soalan Tak?"

 

Baca juga: Mungkin 4 Soalan Sensitif Ini Ditanya Semasa Interview. Contoh Jawapan Ada Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...