Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Terkini Keputusan Calon Jaya Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM Ditunda. Ini Tarikh Baru Untuk Semakan

1,857

Seperti sedia maklum, permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibuka permohonan pada 15 Mac 2021 dan ditutup pada 15 April 2021 yang lalu.

Bagi anda yang telah membuat semakan dan membuat rayuan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat semakan keputusan Calon Jaya Rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM.

Tarikh seblum ini telah ditunda dan dibawa kepada tarikh yang baru iaitu pada 9 Ogos 2021 nanti.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang Bermula RM600 Hingga RM2,000

APA ITU MATRIKULASI?

Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.

KEISTIMEWAAN MATRIKULASI

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:

  • Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti
    terkemuka luar negara
  • Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi
    bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar
    Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti
    sehingga ke peringkat kebangsaan.
  • Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi
    yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam
    Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan
    (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat
    kuasa mulai 1 Januari 2017).
  • Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua
    pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran
    pendaftaran sahaja semasa mendaftar.
  • Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2
    Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi.

JURUSAN & ALIRAN DITAWARKAN

Program Matrikulasi KPM menawarkan empat jurusan iaitu:

1. Jurusan Sains
a) Sains Hayat
b) Sains Fizikal
c) Sains Komputer

2. Jurusan Kejuruteraan:
a) Asas Kejuruteraan
b) Kejuruteraan Awam
c) Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
d) Kejuruteraan Mekanikal

3. Jurusan Perakaunan

4. Jurusan Perakaunan Profesional

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN CALON JAYA RAYUAN KE PROGRAM MATRIKULASI

Tarikh semakan keputusan Calon Jaya Rayuan ke Program Matrikulasi sebelum ini adalah pada:

  • 3 Ogos 2021

Namun KPM telah membuat pindaan untuk semakan keputusan Calon Jaya Rayuan ke Program Matrikulasi KPM pada tarikh yang baru iaitu padu:

  • 9 Ogos 2021 mulai jam 3 petang

May be an image of text that says 'KEMENTERIAN ENDIDIKAN MALAYSIA MAKLUMAN KEPUTUSAN CALON JAYA RAYUAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OGOS2021 9 OGOS 2021 (mulai pukul 3:00 petang) Info lanjut & pertanyaan sila hubungi: Layari https:/matrikulasi.moe.gov.my untuk semakan 03-8884 4036/ 4037/ 4031 atau mohon.matrik@moe.gov.my'

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Semakan adalah secara online melalui pautan berikut:

Tarikh Terkini Keputusan Calon Jaya Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM Ditunda. Ini Tarikh Baru Untuk Semakan

Baca juga: Alert Ya Ibu Bapa! Permohonan Kemasukan Tadika Islam MAIWP Sesi 2022 Dibuka. Mohon Online Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai semakan keputusan Calon Jaya Rayuan ke Program Matrikulasi KPM sila ajukan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...