Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ketahui Mengapa RM200 Lesap Daripada Akaun Anda Setiap Kali Anda Menggunakan Kad Debit / Kad Kredit di Pam Minyak

0 1,641

Mungkin perkara ini seringkali terjadi kepada anda secara sedar atau tidak sedar. Pernahkah anda mengisi minyak dan membayar menggunakan kad debit dengan cara swipe pada mesin di pam minyak tersebut? Kemudian, anda sedari bahawa di dalam akaun anda akan mengalami kekurangan wang sebanyak RM 200

Anda semestinya sangat terkejut dengan kehilangan wang sebanyak itu dan apabila anda membuat semakan untuk mengetahui ke mana perginya wang tersebut, anda akan mendapat jawapan bahawa wang RM 200 yang ditolak itu ditolak tanpa tujuan.

Kemudian, ada daripada anda yang akan melaporkan kehilangan wang dalam akaun ini kepada pihak polis kerana anda menyangka kehilangan wang tersebut berlaku disebabkan oleh akaun anda telah digodam.

transaksi minyak 1

Sebenarnya, akaun bank anda tidak digodam oleh sesiapa. Kehilangan wang anda juga bukanlah berpunca daripada kecurian tetapi sebenarnya “kehilangan” wang tersebut adalah berpunca daripada potongan transaksi pra-kelulusan dan ini hanya berlaku apabila anda membuat bayaran untuk petrol menggunakan kad debit atau kad kredit.

Transaksi pra-kelulusan ini juga sebenarnya bukan berlaku pada kad debit sahaja, jika anda menggunakan kad kredit juga akan menerima nasib yang sama.

Berikut merupakan kenyataan daripada Public Bank berkenaan dengan transaksi pra-kelulusan ini.

“Pam serba lulus akan memberi kuasa kepada urus niaga bahan bakar sebelum anda boleh mula mengepam bahan api ke dalam kenderaan anda. Ini dilakukan dengan menghantar jumlah pra-kebenaran pada kad pembayaran kepada kami.”

MAKSUD TRANSAKSI PRA-KELULUSAN

Merujuk kepada kenyataan CIMB, transaksi pra-kelulusan boleh dimaksudkan sebagai memegang sementara jumlah tertentu dari had kredit sedia ada pada kad pembayaran. Ia digunakan untuk mengesahkan bahawa kad itu aktif dan mempunyai kredit yang cukup untuk membuat bayaran.

Dalam erti kata lain, bank ingin memastikan sama ada anda mempunyai baki wang yang cukup dalam akaun anda untuk membuat bayaran petrol tersebut.

 

ADAKAH WANG ANDA BENAR-BENAR DIAMBIL?

Anda tidak perlu risau kerana wang anda berjumlah RM 200 di dalam akaun anda itu sebenarnya selamat. Transaksi pra-kelulusan ini bukanlah caj yang dikenakan terhadap anda. Namun, buat sementara waktu, baki dalam akaun anda memanglah akan berkurang sebanyak RM 200.

Transaksi pra-kelulusan ini dilakukan sebelum jumlah harga bahan api yang anda isi diketahui. Sebaik sahaja anda selesai mengisi, harga bahan api tersebut akan dihantar kepada pihak bank.

Ketika inilah jumlah sebenar bahan api akan didebitkan daripada akaun anda. Transaksi pra-kelulusan juga akan dibebaskan. Dalam masa 3 hingga 4 hari, RM 200 yang “hilang” daripada akaun anda itu akan “kembali semula”.

CARA MENGELAKKAN TRANSAKSI PRA-KELULUSAN

Anda sememangnya tidak boleh mengelak daripada transaksi pra-kelulusan jika anda menggunakan kad debit/ kad kredit untuk tujuan mengisi minyak. Hanya satu cara yang boleh anda lakukan iaitu membuat bayaran secara tunai setiap kali mengisi minyak.

Tiada sebarang transaksi pra-kelulusan dikenakan jika anda membuat bayaran secara tunai.

Selain itu, terdapat satu lagi cara untuk mengelakkan transaksi pra-kelulusan ini tetapi hanya untuk pemilik akaun CIMB sahaja. CIMB telah mengambil suatu inisiatif untuk mengecualikan transaksi pra-kelulusan di mana-mana stesen minyak Petronas sahaja.

minyak 200 petronas

Jelaslah kepada anda bahawa transaksi pra-kelulusan ini bukanlah caj dan wang RM 200 yang hilang daripada akaun anda itu juga akan dikembalikan dalam masa 3 hingga 4 hari. Anda tidak perlu risau jika perkara ini berlaku kepada anda selepas ini. Namun, jika anda berasa tidak selesa dengan transaksi ini, anda dinasihatkan supaya membayar secara tunai untuk mengisi minyak.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...