Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian Pencarum KWSP Sebanyak RM2,500

5,524

Tahukah anda bahawa waris pencarum KWSP yang telah meninggal dunia boleh membuat tuntutan khairat kematian yang berjumlah sebanyak RM2,500? Bayaran tersebut akan dibayar kepada waris secara one-off atau sekali bayar kepada waris yang layak sahaja.

Hanya dengan kunjungi cawangan KWSP yang terdekat untuk lakukan urusan tuntutan dengan membawa dokumen sokongan yang diperlukan.

Dapatkan cara membuat tuntutan khairat kematian seperti yang akan dikongsikan disini sebentar lagi.

Sebelum itu, dapatkan cara untuk membaut permohonan online iSinar KWSP disini.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUAN KHAIRAT KEMATIAN KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan untuk tuntutan khairat kematian KWSP ialah:

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

DOKUMEN WAJIB & DOKUMEN SOKONGAN TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN KWSP

Antara dokumen wajib yang diperlukan yang perlu dibawa ketika membuat tuntutan khairat kematian ahli KWSP ialah:

  • Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
  • Sijil Kematian Ahli
    *Bagi anggota tentera / polis yang meninggal dunia dalam perkhidmatan perlu kemukakan Surat Pengesahan Kematian oleh Majikan
  • Kad Pengenalan Diri Pemohon
    i. MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permaustautin Tetap (MyPR)
    ATAU
    ii. Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia.
    *Salinan Kad Pengenalan PERLU dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Pemohon
    – Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web
    *Akaun bank mestilah yang dilantik oleh KWSP dan aktif

Dokumen sokongan pula ialah:

  • Sijil lahir pemohon, jika penamaan yang didaftar oleh ahli menggunakan Sijil Kelahiran pemohon.
  • Ahli KWSP (si mati) belum berkahwin
    – Sijil Kelahiran Ahli, sekiranya pemohon adalah ibu atau bapa ahli; ATAU
    – Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon serta Sijil Kematian Ibu bapa ahli, sekiranya pemohon adalah adik beradik ahli.
  • Ahli KWSP (si mati) telah berkahwin
    – Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan.
    * Jika maklumat perkahwinan tidak lengkap, Sijil Kelahiran Anak Ahli perlu dikemukakan
  • Ahli KWSP (si mati) bukan islam telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982
    – Surat Akuan Sumpah Kahwin dan Sijil Kelahiran Anak Ahli
  • Ahli KWSP (si mati) telah bercerai
    – Sijil Penceraian Ahli; DAN
    – Dokumen bukti pertalian ahli dengan pemohon
  • Surat Kuasa
    – Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi); ATAU
    – Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah); ATAU
    – Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah); ATAU
    – Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB) ATAU
    – Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Daerah Sarawak) ATAU
    – Surat Kuasa (Mahkamah Anak Negeri Sabah)
  • Penama Meninggal Dunia
    – Sijil Kematian Penama
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Permohonan boleh dilakukan di cawangan KWSP berdekatan anda.

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN KWSP

Dapatkan senarai semak dokumen permohonan tuntutan khairat keamtian KWSP seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penamaan waris, sila hubungi pihak KWSP di saluran berikut :

Atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...