Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2021 Terkini

2,525

Sambutan Hari Raya sekarang ini meriah dengan saling bertukar pesanan melalui WhatsApp dengan pelbagai kata-kata ucapan yang menarik. Tak kurang hebatnya juga dengan ucapan selamat Tahun Baru. Masing-masing hanya akan menghantar ucapan Selamat Tahun Baru melalui WhatsApp beserta gambar yang menarik.

Pelbagai ucapan yang menarik, kreatif dan lucu beserta gambar akan diterima serta bertukar ganti. Boleh jem juga telefon bimbit apabila terima ucapan yang kreatif ini bertalu-talu.

Selamat tinggal 2020, selamat datang 2021 dan jadikan tahun baru penuh dengan 1001 kemanisan.

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2021 Terkini

SENARAI KOLEKSI UCAPAN TAHUN BARU 2021

Dapatkan senarai koleksi ucapan Tahun Baru 2021 disini dan anda boleh hantarkan kepada rakan-rakan anda melalui Whatsapp, Facebook dan pelbagai lagi medium media sosial yang ada.

Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Tahun Baru Dengan Keazaman Baharu.
Harapan Tahun Baru Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Hari Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Hari Semalam,
Selamat Tahun Baru 2021 Semua!
Esok Adalah Bagaikan Misteri,
Jangan Berhenti Berharap Meskipun Tahun Telah Berganti,
Kerana Itulah Yang Tetap Membuat Kita Sentiasa Tersenyum,
Selamat Tahun Baru 2021.
Tahun baru ibarat membuka lembaran baru berupa kertas kosong,
Kertas yang akan kita tuliskan goresan pena yang indah
dan makna kehidupan yang akan datang.
Kita boleh memimpikan kedamaian sebesar yang kita inginkan,
Namun jika tak ada persaudaraan, apalah erti kedamaian itu.
Selamat tahun baru, selamat membangun istana kedamaian.
Dengan setiap datangnya tahun yang baru, cabaran dan dugaan dalam hidup kita akan jauh lebih besar.
Semoga tahun ini kita semua akan menjadi insan yang lebih berjaya dan bahagia. Selamat Tahun Baru!
Jom kita saling berdoa, saling peduli, saling tersenyum dan berbahagi rezeki. Menyongsong berakhirnya tahun 2020 dan bermulanya tahun 2021.
Moga sukses semuanya.
Jadikan momen baharu ini untuk terus bersemangat dalam mengejar impian dan cita-cita.
Bersemangatlah untuk hal yang bermanfaat bagimu.
Berdoalah kepada Allah agar kita tidak lengah akan hal dunia yang menjadikan kita lalai.
Semoga adanya tahun baru membuatmu lebih mengingat-Nya.
Tahun 2021 merupakan peluang kepada kita untuk meningkatkan usaha dan kejayaan yang telah dicapai dengan berteraskan nilai insan.
Mari sama-sama kita doakan yang terbaik untuk tahun baharu ini.
Lambaikan selamat tinggal pada yang lama dan rangkul yang baru dengan penuh harapan, impian, dan cita-cita.
Semoga tahun baru kita semua bahagia dan penuh dengan kebahagiaan.
Tahun baru seperti buku kosong. Pena ada di tangan masing-masing. Ini adalah kesempatan kita semua untuk menulis kisah sejarah yang indah untuk diri sendiri. Semoga hidup kita semua bersinar lebih terang dari seribu mutiara bintang kebijaksanaan!
Cepat betul waktu berjalan. Tanpa disedari lembaran-lembaran hidup sudah banyak yang dilalui. Semoga tahun baru ini lebih banyak memberikan makna yang bermanfaat buat kita semua. Selamat tahun baru 2021.
Mari melangkah dengan semangat yang lebih menggelora.
Tekad yang lebih membara dalam memulakan tahun baru yang penuh makna.
Selamat Tahun Baru 2021.
Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat tahun baru 2021.
Mohon maaf andai ada kata-kata atau tindakan tidak berkenan sepanjang tahun 2020.
Moga sukses dan sihat selalu!
Tahun baru telah membawa kesempatan lain bagi kita untuk mengatur hal yang benar dan untuk membuka bab baru dalam hidup kita.
Apa yang pasti, tiada siapa yang boleh kembali ke masa lalu untuk mengubah apa yang telah terjadi.
Apa yang terbaik adalah melakukan yang terbaik di tahun hadapan. Selamat tahun baru 2021!
Jangan terlalu menyesali masa lalu.
Masih ada masa depan, sehingga kita dapat memperbaiki kesalahan lalu.
Selalu ada harapan di tahun baru. Selamat Tahun Baru 2021.
Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Jutaan Manusia Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Tahun Baru 2021!
Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2020 Dan Selamat Datang 2021
Semoga Tahun Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Selamat Tahun Baru 2021.
Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru 2021.
Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat.
Selamat Tahun Baru. Semoga Lebih Berjaya!

Semoga tahun baru 2021 memberikan sinar buat kita semua dan tahun 2020 adalah kenangan yang terbaik buat kita semua.

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2021 Terkini

Belum terlambat untuk memiliki rumah sendiri dan klik disini untuk dapatkan senarai Skim Perumahan terutamanya bagi golongan B40. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...