Baru nak berjinak-jinak adalam bidang perniagaan? Jika ya, anda digalakkan untuk mengikuti Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) buat anda.
Terdapat 2 tarikh yang boleh anda ikuti dan semestinya kursus yang ditawarkan ini adalah percuma sahaja buat anda.
Dapatkan cara-cara untuk menyertai Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN seperti yang dikongsikan disini.
TUJUAN KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAK) INSKEN
Isi Kandungan
Tujuan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN ini diadakan adalah:
- Memberi gambaran awal mengenai bisnes yang bakal dijalankan oleh peserta.
- Memberi manual asas perniagaan kepada peserta.
- Peserta boleh semak semula dan perbaiki asas perniagaan yang telah dijalankan.
TARIKH KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAK) INSKEN
Tarikh untuk Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN adalah seperti berikut:
- 27 hingga 28 Mei 2021
- 5 hingga 6 Jun 2021
KAEDAH KURSUS
Kaedah kursus yang akan dijalankan bagi kedua-dua tarikh adalah secara:
- Kelas Online melalui Google Meet
MODUL ASAS KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAK) INSKEN
Terdapat 7 jenis modul asas sepanjang kursus yang akan diadakan seperti berikut:
- Pendaftaran Bisnes
- Pengurusan Kewangan
- Jualan dan Pemasaran
- Operasi Bisnes
- Aspek Pematuhan
- Aspek Perundangan
- Pengurusan Cukai
Nota: Anda juga akan mendapat bahan kursus secara percuma iaitu:
- Buku StartMeUp
- Business toolkit for Startups
TERMA & SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja.
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN.
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
- Walk-in tidak akan dilayan.
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online dan klik:
1. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN (27-28 Mei 2021)
2. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN (5-6 Jun 2021)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Asas Keusahawanan (KAK) sila hubungi:
- Kampus INSKEN, CoPlace 1,
2270 Jalan Usahawan 2,
Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.Tel: +603-8314 8800 - Faks: +603-8314 8900
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.