Cara Sertai Kursus Genius Kurnia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Berminat untuk sertai Kursus dalam Talian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas?

Program GENIUS Kurnia telah melancarkan Kursus dalam Talian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan dibuka kepada mereka yang berminat dan layak.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan info lengkap cara untuk menyertai  Kursus dalam Talian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang ditawarkan Program GENIUS Kurnia kepada anda.

INFO RINGKAS KURSUS DALAM TALIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 

Kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak bekeperluan khas.

Kursus ini boleh diikuti secara dalam talian dibangunkan khusus kepada guru-guru dan ahli terapi dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas, selain turut dibuka penyertaannya kepada individu-individu yang berminat mendalami pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Baca juga: Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

4 MODUL KURSUS iKURNIA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat 4 modul kursus yang terdapat dalam pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas Program GENIUS Kurnia ialah:

  • Modul 1: Perkongsian Pengalaman
  • Modul 2: Pentaksiran
  • Modul 3: Strategi Pengajaran
  • Modul 4: Aktiviti Pembelajaran

Perincian setiap modul ialah:

  • Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru yang mendidik anak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
  • Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas

3 PANDUAN STRATEGI INTERVENSI AWAL

Terdapat 3 panduan strategi intervensi awal iaitu:

  • Percuma dan akses 24 jam
  • E-Sijil
  • Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD. (Tertakluk pada terma dan syarat)

CARA MOHON

Berminat?

Klik pautan ini:

Cara Sertai Kursus Genius Kurnia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

  • Lengkapkan pendaftaran anda.
  • Hantar permohonan anda.

May be a cartoon of text that says 'GENIUS Ingin tahu tatacara penilaian kanak-kanak di GENIUS Kurnia? Apakah strategi pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak berkeperluan khas? Apakah aktiviti pembelajaran yang boleh dijalankan? iKurnia Perkongsian Pengalaman Strategi Pengajaran Pentaksiran PENDIDIKAN-AWAL Aktiviti Pembelajaran KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Layari http:/.penering.cmpermatauria dan klik JOIN NOW pada kursus iKurnia: Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Akses percuma Kandungan interaktif f GENIUS Kurnia Pembelajaran dinamik @genuskurniaofficia www.iautism.edu.my www.intervensiawal.my'

Baca juga: Alert Ya Ibu Bapa! Permohonan Kemasukan Tadika Islam MAIWP Sesi 2022 Dibuka. Mohon Online Disini

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.