Bagi kaum wanita yang merupakan pengasuh di rumah dan berkelayakan untuk mengikuti Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 bagi tahun 2021.
Anda juga dipelawa untuk membuat permohonan secara online pada pautan yang akan dikongsikan disini.
Juga, dapatkan syarat-syarat permohonan disini dan buat permohonan anda dengan segera.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Bagi anda yang berminat, sila buat permohonan secara online bermula tarikh berikut:
- 1 Oktober 2021 hingga 24 Oktober 2021
TARIKH KURSUS
Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 bagi tahun 2021 ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut mulai tarikh berikut:
- 29 Oktober 2021 hingga 31 Oktober 2021
Masa kursus adalah seperti berikut:
-
Jumaat: 3.00 petang hingga 6.00 petang
-
Sabtu: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
-
Ahad: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
SYARAT PERMOHONAN
Pastikan anda membaca syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
- Sedang menetap di Selangor
- Sedang menjalankan atau mempunyai keinginan yang serius untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah
- Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta
- Merupakan pengundi di Negeri Selangor
- Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja.
- Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online dipautan berikut:
- https://e-kipk.yawas.my/permohonan/
- Masukkan nombor telefon anda dan klik ikon search
- Seterusnya lengkapkan permohonan anda
- Akhir sekali klik Daftar untuk mengesahkan pendaftaran anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 bagi tahun 2021 sila ajukan secara emel di alamat emel berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.