Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Permohonan] PLKK Kursus Juruteknik Pemasangan Panel Solar Anjuran Kejora. Dijamin Mendapat Pekerjaan Setelah Tamat Kursus

1,143

Belia yang berada di Wilayah KEJORA atau yang berada di negeri Johor dipelawa untuk mengikuti Kursus Juruteknik Pemasangan Panel Solar yang dianjurkan oleh KEJORA.

Menariknya disini, anda akan diberikan jaminan untuk penempatan pekerjaan setelah menamatkan kursus selepas 3 bulan.

Dapatkan cara membuat permohoan disini dan buat permohonan secara online sebelum tarikh tutup.

INFO RINGKAS KURSUS JURUTEKNIK PEMASANGAN PANEL SOLAR

Untuk pengetahuan anda, Kursus Juruteknik Pemasangan Panel Solar dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama KAFF Synergy PLT.

Kursus ini adalah merupakan di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dan diutamakan kepada mereka yang tiada pekerjaan tetap, miskin tegara dan berpendapatan rendah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Buat permohonan dengan segera secara online sebelum tarikh tutup pada:

  • 15 September 2021

TEMPOH KURSUS JURUTEKNIK PEMASANGAN PANEL SOLAR

Peserta yang berjaya dalam permohonan untuk mengikuti Kursus uruteknik Pemasangan Panel Solar akan mengikuti kursus selama:

  • 3 bulan bermula 1 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021

KELEBIHAN KURSUS

Pelbagai kelebihan yang akan peserta perolehi sekiranya mengikuti kursus ini iaitu:

  • Kursus secara percuma.
  • Elaun bulanan sebanyak RM150.
  • Penempatan asrama disediakan beserta makan dan minum kepada peserta.
  • Jaminan penempatan pekerjaan setelah tamat kursus.

SYARAT PERMOHONAN

Semak dahulu syarat permohonan seperti yang dinyatakan oleh pihak penganjur seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Boleh membaca dan menulis.
  • Boleh bekerja di tempat tinggi.
  • Sihat tubuh badan.
  • Celik warna.
  • Keutamaan kepada penduduk Wilayah KEJORA atau dalam negeri Johor.
  • Keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah, miskin, dan tiada pekerjaan tetap.

CARA MOHON KURSUS JURUTEKNIK PEMASANGAN PANEL SOLAR

Buat permohonan segera sebelum tarikh tutup secara online melalui pautan berikut:

Atau dengan membuat imbasan pada Kod QR pada poster iklan dibawah:

[Permohonan] PLKK Kursus Juruteknik Pemasangan Panel Solar Anjuran Kejora. Dijamin Mendapat Pekerjaan Setelah Tamat Kursus

Baca juga: [Latihan Kemahiran] Ikuti Program Latihan Kemahiran & Kerjaya Kursus Tukang Jahit Langsir Moden. Elaun RM150 Setiap Bulan

MAKLUMAT LANUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus uruteknik Pemasangan Panel Solar dengan menghubungi:

  • En Mohd Radzi Bin Khusen: 012-2180 991
  • En Muhamad Azfar: 018-5778 245
  • En Rohaizal: 010-7160 801
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...