Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Latihan Kemahiran] Ikuti Program Latihan Kemahiran & Kerjaya Kursus Tukang Jahit Langsir Moden. Elaun RM150 Setiap Bulan

1,094

Tingkatkan kemahiran seterusnya dapatkan peluang kerjaya yang lebih luas dengan mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Kursus Tukang Jahit Langsir Moden.

Apa yang menariknya disini, terdapat pelbagai faedah dan kelebihan yang ditawarkan kepada anda yang berjaya mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Kursus Tukang Jahit Langsir Moden.

Bagaimanakah caranya untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Kursus Tukang Jahit Langsir Moden yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)? Check disini ya!

INFO RINGKAS KURSUS TUKANG JAHIT LANGSIR MODEN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Syarikat TAS Design & Fashion akan menganjurkan kursus Tukang Jahit Langsir Moden dibawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK).

Kursus ini menyediakan pelbagai kelebihan dan diutamakan kepada mereka dari golongan miskin tegar, tiada pekerjaan dan berpendapatan rendah.

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat, sila buat permohonan untuk mengikuti Kursus Tukang Jahit Langsir Moden sebelum tarikh berikut:

  • 15 September 2021

KELEBIHAN MENGIKUTI KURSUS

Apakah kelebihan mengikuti kursus ini? Lihat kelebihan kursus ini disini:

  • Kursus Latihan Percuma selama 3 bulan
  • Elaun Sara diri  sebanyak RM 150 setiap bulan
  • Penginapan serta makanan & minuman disediakan
  • Kit dan modul latihan disediakan
  • Sijil tamat kursus
  • Penempatan pekerjaan (Selepas tamat latihan)

SYARAT PENYERTAAN KURSUS TUKANG JAHIT LANGSIR MODEN

Pastikan anda tahun syarat penyertaan Kursus Tukang Jahit Langsir Moden dan syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan penduduk Wilayah KEJORA atau menetap di Negeri Johor.
  • Berumur 18 hingga 55 Tahun
  • Boleh menulis, membaca dan mengira
  • Mempunyai asas jahitan dan mengendalikan mesin jahitan
  • Wajib mengikuti latihan sehingga tamat
  • Telah mendaftar di MySejahtera dan menerima vaksin (sekurang-kurangnya 1dos)
Nota: Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpendapatan rendah, miskin tegar dan tiada pekerjaan.

CARA MOHON KURSUS TUKANG JAHIT LANGSIR MODEN

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

Atau imbas Kod QR pada poster iklan dibawah:

Nota: Hanya permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk ditemuduga.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Tukang Jahit Langsir Moden, sila hubungi:

  • En Harizal: 010 7669 261
  • Tn Hj Shahrin: 019 5750 720
  • En Rohaizal: 010 7160 801
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...