Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kursus Kemahiran Percuma Penduduk Kampung Tradisi. 4 Kursus Menarik Tersedia Untuk Anda!

1,145

Penduduk kampung tradisi ditawarkan untuk menyertai Kursus Kemahiran Percuma untuk Komuniti Kampung dan apa yang menariknya disini ialah kursus ini adalah PERCUMA!

Kursus kemahiran ini juga menyediakan 4 kursus kepada penduduk kampung untuk menjana pendapatan secara berpanjangan dan berterusan.

Teruskan bacaan anda seterusnya buat permohonan untuk menyertai Kursus Kemahiran Percuma untuk Komuniti Kampung yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor.

TUJUAN UTAMA PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN PERCUMA

Apakah tujuan utama Kursus Kemahiran Percuma Komuniti Kampung?

Tujuan utama kursus kemahiran ini ialah:

  • Melatih dan membimbing peserta sebagai usahawan berjaya dalam bidang perkhidmatan dengan potensi untuk menjana pendapatan yang berterusan dan boleh diwarisi.
  • Merancakkan ekonomi kampung tradisi dengan mempelbagaikan kegiatan perniagaan setempat dan mempergiat sosioekonomi komuniti kampung.

Baca juga: Tingkatkan Pengetahuan Anda Melalui Bengkel Rancangan Perniagaan PUNB Secara Online. Cepat Daftar Sebelum Terlambat!

4 JENIS KURSUS KEMAHIRAN PERCUMA KOMUNITI KAMPUNG

Apakah kursus kemahiran percuma yang ditawarkan untuk penduduk kampung tradisi?

4 Kursus Kemahiran Percuma Komuniti Kampung yang ditawarkan kepada penduduk tradisi ialah:

  • Kursus Asas Penyelenggaraan dan Baikpulih Kasut
  • Kursus Asas Penyelenggaraan dan Baikpulih Handphone
  • Kursus Jahitan dan Melukis Pola Pakaian
  • Kursus Asas Mengurut dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Post Natal) Mengikut Adab Melayu

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Anda perlu membuat pendaftaran dengan segera kerana tarikh tutup penyertaan adalah pada tarikh berikut:

  • 17 September 2021

SYARAT PENYERTAAN

Syarat penyertaan untuk mengikuti Kursus Kemahiran Percuma Penduduk Tradisi adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua penduduk Kampung Tradisi lelaki dan wanita (Kursus Mengurut Post Natal khas hanya untuk wanita sahaja)
  • Pemohon berumur 17 sehingga 45 tahun
  • Lengkap sekurang-kurangnya 1 dos vaksin
  • Mempunyai semangat dan komitmen untuk mempunyai perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan
  • Mempunyai kemahuan yang kuat untuk dilatih dan dibimbing sehingga berjaya mengikut modul yang telah ditetapkan
  • Mampu meluangkan masa dan mempunyai komitment untuk hadir kursus kursus tersebut tanpa apa apa gangguan luar
  • Berfikiran terbuka dan suka kepada cabaran
  • Bersemangat untuk berniaga selepas kursus dan menjadi calon Anugerah Usahawan Desa Cemerlang Selangor dengan pemberian beberapa insentif yang menarik dari Kerajaan Selangor

Kursus Kemahiran Percuma Penduduk Kampung Tradisi. 4 Kursus Menarik Tersedia Untuk Anda!

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah secara online melalui pautan yang disediakan ini:

KELEBIHAN MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN PERCUMA

Terdapat 5 kelebihan buat anda yang mengikuti Kursus Kemahiran Percuma Komuniti Kampung ini iaitu:

  • Peserta akan diajar, dilatih dan dibimbing dalam jenis kemahiran yang boleh dikomersialkan dalam bentuk produk atau perkidmatan sebagai sumber pendapatan yang mempunyai potensi pasaran yang besar.
  • Peserta berpeluang membangun dan membina sebuah perniagaan yang berstruktur dan berdaya saing yang berkemampuan untuk berkembang dan boleh diwarisi.
  • Pengajar akan memantau dan membimbing perniagaan peserta peserta supaya perniagaan mereka bergerak dan mampu menjana pendapatan setiap bulan.
  • Melahirkan ‘Kisah Kejayaan’ di kalangan peserta yang terlibat dan memberi bantuan dari segi dana untuk mengembangkan perniagan mereka samada dengan cara membuka cawangan atau sistem ejen atau francais.
  • Meraikan peserta yang berjaya menampakkan peningkatan pendapatan dengan memberi penghargaan dalam Majlis Anugerah Usahawan Desa Cemerlang Selangor serta insentif-insentif yang menarik dari Kerajaan Selangor.

Baca juga: Ada Lori 3 Tan Tapi Jarang Bergerak? Join Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur & Jana Pendapatan Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Kemahiran Percuma dengan menghubungi pegawai berikut:

  • En Mahadi: 014-245 9264
  • Pn Ayu: 012-367 5152
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...