Permohonan

Ada Lori 3 Tan Tapi Jarang Bergerak? Join Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur & Jana Pendapatan Anda

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

8 September 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Usahawan yang terjejas pendapatan sehingga tidak dapat membuat perniagaan semasa pandemik Covid-19 yang lepas dipelawa untuk memohon Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur bagi menjana pendapatan.

Anda juga perlu lulus syarat yang ditetapkan dan pelbagai keistimewaan sedang menanti anda.

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh PKPS untuk pemilik lori panel 3 tan untuk mengikuti Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur ini?

INFO RINGKAS SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR

Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur adalah bertujuan untuk membantu usahawan untuk:

  • Berdaya maju untuk menceburi bidang perniagaan secara trak bergerak (mobilepreneur) khususunya dalam perniagaan peruncitan menjual hasil pertanian segar seperti sayuran, buah-buahan dan hasil ternakan.

Baca juga: Smart Automation Grant 2021 (SAG) Sehingga RM200,000 & Mohon Sebelum 25 September Ini

SYARAT-SYARAT ASAS SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR

Syarat-syarat asas untuk permohonan Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur ialah:

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa

SYARAT-SYARAT KHUSUS SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR

Anda juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan oleh PKPS seperti berikut:

  • Mempunyai lori panel 3 tan
  • Hak milik persendirian
  • Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah dan belum tamat tempoh
  • Lori hendaklah lulus ujian PUSPAKOM

KELEBIHAN SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR

Apa pula kelebihan sekiranya menyertai Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur?

Kelebihannya ialah:

  • PKPS akan membuat wrapping logo PKPS Prihatin pada panel lori.
  • PKPS akan menyediakan hasil jualan secara berjadual.
  • Peniaga/usahawan akan mendapatkan komisen dari hasil jualan secara keseluruhan kutipan harian.

CARA MOHON

Untuk memohon Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur, sila hubungi Bahagian Pemasaran Kumpulan PKPS berikut:

  • Tuan Haji Fazir: 012-674 4745
  • Encik Md Saad: 017-574 7674

Ada Lori 3 Tan Tapi Jarang Bergerak? Join Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur & Jana Pendapatan Anda

Baca juga: Sarawak Berikan Pengecualian Bayaran Sewa Kepada PKS Selama 6 Bulan & Diskaun 50% Sewa HDC

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sila ajukan pertanyaan anda mengenai Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur, di talian:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.