Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sarawak Berikan Pengecualian Bayaran Sewa Kepada PKS Selama 6 Bulan & Diskaun 50% Sewa HDC

196

Sepanjang pandemik Covid-29, semua orang sangat terkesan dengan apa yang telah berlaku sehingga ada yang hilang pekerjaan sekaligus punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Begitu juga dengan majikan anda yang berada dalam golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menyedari hal ini, kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran sewa selama 6 bulan.

TEMPOH PENGECUALIAN BAYARAN SEWA PKS

Kerajaan Sarawak bersetuju memberikan pengecualian bayaran sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di 15 premis kilang yang siap dibina (Ready-Built Factory atau RBF) di Fasa 3, Demak Baru Industrial Park di sini selama:

  • 6 bulan bermula Julai 2021

Baca juga: BKC Fasa 1 Gagal Kredit, Buat Semakan Online, Tunai Di BSN Mulai 6 September

INISIATIF YANG LAIN

Selain daripada pengecualian bayaran sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan negeri Sarawak juga menyediakan inisiatif yang lain kepada PKS dengan memberikan:

  • Pengecualian bayaran sewa hingga 31 Disember 2021 kepada PKS yang beroperasi di premis perniagaan milik badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
  • Diskaun 50% sewa turut diberikan kepada 3,200 penyewa Skim Perumahan Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) dan 10,000 penjaja yang berdaftar dan menyewa pasar serta gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga 31 Disember 2021.
  • Diskaun sehingga maksimum 25% diberikan untuk bil air dan elektrik.
  • Diskaun 30% untuk cukai pintu dan 30% untuk cukai tanah bagi mengurangkan beban rakyat termasuk golongan usahawan dan semua bantuan ini masih dalam pelaksanaan hingga Disember 2021.
  • Peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta juga telah diluluskan kerajaan negeri masing-masing untuk geran Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (Gerak) dan Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV).
Keputusan itu melibatkan pengecualian bayaran sewa berjumlah RM123,750 di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi meringankan beban kos operasi usahawan PKS terbabit ekoran pandemik Covid-19.

Baca juga: BKSS 6.0: RM250 Selama 6 Bulan KIR & RM500 One-Off Bujang Serta RM1,500 Penjaja & Peniaga Kecil

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai BKSS 6.0 sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...