Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BKSS 6.0: RM250 Selama 6 Bulan KIR & RM500 One-Off Bujang Serta RM1,500 Penjaja & Peniaga Kecil

2,567

Baru-baru ini Kerajaan Sarawak mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi membantu rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa 29 Mei hingga 11 Jun 2021.

BKSS 6.0 kali ini melibatkan 9 langkah pembayaran tunai dan 6 langkah pemberian diskaun untuk rakyatnya yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Apakah bantuan-bantuan yang terdapat pada BKSS 6.0 negeri Sarawak kali ini?

INSENTIF BANTUAN BKSS 6.0 NEGERI SARAWAK

Antara bentuk bantuan bagi BKSS 6.0 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kali ini ialah:

1. INSENTIF KIR B40 & BUJANG B40

Insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 Sarawak untuk tempoh 6 bulan sebanyak:

  • RM250 sebulan: Mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021

Individu bujang B40 berumur 21 tahun ke atas:

  • RM500 secara one-off: Mulai 31 Ogos 2021

2. ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN

Elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19 di Sarawak untuk tempoh 6 bulan:

  • Anggota Kesihatan: RM300
  • Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan: RM200
  • Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri: RM200
  • Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan: RM200
  • Anggota RELA: RM200
  • Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang: RM200
  • Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi: RM200
  • Anggota Bomba dan Penyelama: RM200
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam: RM200

3. INSENTIF PENGAMAL MEDIA BARISAN HADAPAN

Insentif kepada pengamal media barisan hadapan di Sarawak sebanyak:

  • RM1,500 secara one-off

4. GERAN PENJAJA & PENIAGA KECIL

Geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan:

  • RM1,500 secara 2 peringkat: RM750 pada bulan Julai
  • RM750 pada bulan Disember 2021 melalui Sarawak Pay

5. INSENTIF PEMILIK & PENGENDALI PENAMBANG

Insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebanyak:

  • RM500 secara one-off

6. INSENTIF PEMILIK PENGENDLI KENDERAAN

Insentif untuk Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak sebanyak:

  • RM600

7. BANTUAN KEWANGAN PEMANDU E-HAILING & TENAGA PENGAJAR MEMANDU

Bantuan kewangan kepada Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu sebanyak:

  • RM500 secara one-off melalui Sarawak Pay

8. BANTUAN KHAS AGENSI PELANCONGAN

Bantuan khas kepada:

  • Agensi Pelancongan berlesen: RM3,000
  • Operator Homestay berlesen: RM600
  • Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen: RM500
  • Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen: RM1,500

7 PEMBERIAN DISKAUN BKSS 6.0

Antara 7 pemberian diskaun yang terdapat dalam BKSS 6.0 ialah:

  • Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan.
  • 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan.
  • 25% taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah.
  • 50% sewa pasar dan gerai.
  • 50% sewa skim perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC).
  • Pengecualian bayaran sewa kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC negeri.
  • Penyediaan bakul makanan kepada isi rumah yang terjejas semasa PKP.

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima.

Sekurang-kurangnya pelaksanaan BKSS 6.0 kali ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat yang mengalami pelbagai kesulitan sepanjang tempoh PKP dlaksanakan berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh Malaysia.

BKSS 6.0: RM250 Selama 6 Bulan KIR & RM500 One-Off Bujang Serta RM1,500 Penjaja & Peniaga Kecil

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan Yang Dikuarantin

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai BKSS 6.0 sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...