Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan. Ini Syarat & Cara Mohon

1,601

Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang ingin mempunyai rumah sendiri dengan bayaran bulanan yang mampu milik, boleh membuat permohonan melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibuka oleh Perbadanan Labuan.

Permohonan terbuka PPR Disewa Batu Arang, Labuan ini boleh dilakukan mulai sekarang secara online melalui laman rasmi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dapatkan syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk rujukan anda sebelum anda membuat permohonan.

Baca juga: Cara Memohon MyHome, Skim Perumahan Untuk Pekerja Swasta Dengan Insentif Sehingga RM30,000 Setiap Unit Rumah

APA ITU PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DISEWA?

Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi gologan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40.

INFO RINGKAS PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DISEWA

Berikut adalah info ringkas mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Arang, Labuan:

  • Lokasi: PPR Batu Arang, Labuan
  • Kadar sewaan sebulan: RM250
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2021
  • Kategori PPR: Disewa

JENIS UNIT KEDIAMAN

Jenis unit kediaman adalah seperti berikut:

  • Apartment/Pangsa berbilang tingkat
  • Berkeluasan 700 kps
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air

Permohonan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan. Ini Syarat & Cara Mohon

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan ini adalah:

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan kasar isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah

CARA MOHON

Permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan adalah melalui:

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman pautan:

Permohonan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan. Ini Syarat & Cara Mohon

Untuk pemohon baru sila daftar dan lengkapkan maklumat-maklumat yang di minta untuk proses semakan.

Rujuk: Portal TEDUH : Mohon Rumah PPR, MyHome Dan Rumah Transit Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan, sila hubungi:

  • Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon: 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
  • Faks: 603 – 8891 4045
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...